BREAKING NEWS

Friday, 7 April 2017

DS Hilmi Yahaya tegaskan bahawa beliau AMAT TIDAK BERSETUJU projek tambakan tiga pulau

Kerajaan DAP Pulau Pinang dilaporkan masih belum mengemukakan Laporan EIA kepada pihak JAS bagi projek tambakan tiga pulau di Selatan Negeri ini.

Ahli Parlimen Balik Pulau, DS Hilmi Yahaya sekali lagi ingin menegaskan bahawa beliau AMAT TIDAK BERSETUJU dengan cadangan projek Kerajaan DAP itu.

Kawasan laut yang akan ditimbus untuk membina tiga pulau buatan itu merupakan tempat yang paling kaya dengan hasil laut  di Wilayah Utara Semenanjung. Selama ini 5,000 orang Nelayan Balik Pulau dan dari seluruh Negeri ini boleh menumpang untuk mencari rezeki di situ. Kalau ditimbus kawasan itu, di mana lagi para Nelayan tradisional khususnya nak cari makan? Nak bagi pampasan RM 1 juta seorang pun tidak boleh beri jaminan hidup kepada mereka.

Duit sekejap saja boleh habis. Selepas tu mereka nak kerja apa? Kawasan ikan sudah tiada. Nak tukar kerja, apa yang nak dibuat? Umur pula dah berusia.

DS Hilmi sekali lagi menegaskan bahawa Nelayan di Balik Pulau dan seluruh Negeri Pulau Pinang amat kecewa dengan kerajaan DAP.

Beliau akan terus membantah agar projek ini dibatalkan. Kepada rakan-rakan Nelayan, mari kita terus berjuang demi masa depan anak cucu kita.
 
Copyright © 2014 PenangKini.