BREAKING NEWS

Tuesday, 18 April 2017

“Eric Paulsen Hina Islam”-Ustaz Hafiz Nordin


Eric Paulsen pengamal guaman yang sedang menjalani tuduhan menghasut kerana melemparkan kenyataan berbaur hasutan menuduh membuta tuli Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai ‘mempromosi keganasan setiap Jumaat’, didakwa oleh seorang pendakwah bebas dan aktivis Islam sebagai telah menghina Islam.


Ustaz Hafiz Nordin, mantan Pengerusi PEMBELA dan kini mengepalai Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP) membuat kenyataan tersebut apabila menjawab soalan balas oleh peguam Eric Paulsen, Latheefa Koya. “JAKIM sungguhpun adalah agensi kerajaan tetapi ianya merupakan sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab menjaga Islam.


Khutbah Jumaat adalah ibadah, kalau kita dalam ni (mahkamah) semua orang Islam, kita faham bahawa khutbah adalah ibadah dalam Islam, so, Islamlah.” Ustaz Hafiz menambah bahawa perbuatan Eric Paulsen menuduh JAKIM mempromosi ekstremisme melalui khutbah Jumaat adalah satu perbuatan bohong. “Inilah bohong Eric Paulsen. Inilah maksud ‘fraud’ dalam kenyataan saya.”


Ustaz Mohamed Hafiz bin Mohamed Nordin merupakan defendan di dalam kes yang sedang berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Beliau dinamakan sebagai defendan kerana telah mengeluarkan kenyataan yang pernah diterbitkan di dalam portal Ismaweb.net berkenaan twit Eric Paulsen dan penglibatan negara luar yang mendokong Eric Paulsen berikut kes Akta Hasutan tersebut.


Eric Paulsen pula dalam satu soalan balas yang dibuat oleh peguam pembela mengaku bahawa tweet “JAKIM is promoting extremism every Friday. Govt needs to address that if serious about extremism in Msia” adalah tweetnya sendiri. Kes Eric Paulsen menyaman Ustaz Hafiz Nordin ini sedang berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Kes dijadualkan berlangsung bermula 17 hingga 19 April 2017.

Read more at: https://www.menara.my/eric-paulsen-hina-islam-ustaz-hafiz-nordin/
 
Copyright © 2014 PenangKini.