BREAKING NEWS

Monday, 17 April 2017

Ezam, Khairuddin rampas Parti Generasi Baru

Kepemimpinan asal Parti Generasi Baru mendakwa partinya telah dirampas oleh Datuk Mohd. Ezam Mohd. Nor dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dengan menukar nama parti itu kepada Parti Bebas Rasuah (PBR) seperti yang diumumkan awal bulan ini.
Presidennya, Datuk G. Kumar berkata, perkara itu berlaku tanpa pengetahuannya kerana tiada sebarang mesyuarat atau notis dibuat selain tanpa persetujuan lebih 300 ahli.
Beliau menjelaskan, pihaknya telah membuat laporan polis dan membuat aduan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk menjalankan siasatan lanjut kerana telah melanggar perlembagaan parti dan undang-undang agensi itu.
“Pengasas PBR, S. Gobi Krishnan yang telah digantung keahliannya sebagai Setiausaha Agung Parti Generasi Baru pada bulan lalu telah melanggar perlembagaan parti dengan melantik jawatankuasa baharu tanpa memberi notis panggilan mesyuarat kepada Presiden.
“ROS perlu siasat sedalam-dalamnya bagaimana perkara ini berlaku ujarnya


 
Copyright © 2014 PenangKini.