BREAKING NEWS

Thursday, 27 April 2017

GST dihapuskan, kerajaan hilang RM50 bilion, kata Najib

 Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan tidak boleh berfungsi tanpa cukai barangan dan perkhidmatan (GST), dan akan memberi kesan terhadap pelbagai perkhidmatan kerajaan kepada rakyat.

“Kalau kita tolak GST bererti kita tolak lebih daripada RM50 bilion setahun. Kalau kita tolak RM50 bilion daripda bajet, memang kerajaan tak boleh fungsi sebenarnya,” katanya selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam tadi.

“Cuba bayangkan bajet hari ini tolak RM50 bilion, RM260 bilion bajet tolak RM50 bilion, tinggal berapa? RM210 bilion sahaja.

“Memang tak cukup. Nak bayar elaun penjawat awam pun tak cukup. Jadi itu realiti yang sebenarnya,” katanya.

Semalam, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dilaporkan berkata Pakatan Harapan (PH) konsisten terhadap pendiriannya mengenai GST dengan komitmen untuk tidak mengenakan cukai pengguna itu sekiranya gabungan itu berkuasa.

Najib mendakwa, pembangkang tidak menyatakan perkara yang benar.
“Perkiraan mereka bersifat politik, bukan berpijak atas kenyataan dan realiti,” katanya
Menurutnya, pengundi perlu memahami pembangkang akan menjanjikan pelbagai perkara bagi meraih sokongan dan “menyedapkan orang yang mendengar”.

“Tetapi hakikatnya mana-mana kerajaan mesti berdiri atas sumber hasil yang kukuh. Kalau tak ada sumber hasil yang kukuh, kita tak boleh membina sekolah, jalankan perkhidmatan kesihatan, mengawal keselamatan dengan anggota polis tentera.

“Memberi biasiswa umpamanya, (gaji) untuk 1.6 juta penjawat awam dan membayar bayar pencen.
“Ini semua memerlukan sumber kewangan hasil.”
 
Copyright © 2014 PenangKini.