BREAKING NEWS

Saturday, 22 April 2017

Guan Eng Minta Melayu Lebih Penting Isu Penagih Dadah



Isu penagihan dadah jauh lebih penting untuk difikirkan oleh kaum Melayu berbanding kaum Cina akan menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Harapan menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendakwa, isu rasis dan ekstrem yang dimainkan oleh PAS itu bertujuan mengalihkan perhatian kaum Melayu daripada isu yang lebih penting tersebut.
“DAP tidak pernah mahukan jawatan itu dan konsisten menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Isu dadah diabaikan. Sekurang-kurangnya tujuh penagih dadah baru di Malaysia setiap hari,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Anwar yang merupakan bekas Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedang menjalani hukuman penjara selama lima tahun selepas didapati salah meliwat seorang lelaki lain yang merupakan pembantu peribadinya.
PKR dan Parti Amanah Negara (PAN) merupakan anggota parti Pakatan Harapan yang diketuai parti sekular DAP.
Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dalam pada itu menyangkal kerajaan Malaysia jika diperintah Pakatan Harapan dibawah kawalan DAP kerana menurut beliau DAP hanya bertanding 60 kerusi Parlimen.
Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat, Ahmad Amzad Hashim pada 24 lalu Mac menerangkan, pakatan memenangi 89 kerusi Parlimen sebelum ini, tetapi hanya 39 kerusi terbabit milik wakil rakyat beragama Islam dan selebihnya bukan Melayu
Justeru, katanya, PAS tidak menyokong usul undi tidak percaya ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak oleh pakatan sebelum ini bagi mengelakkan mudarat yang lebih besar (ke atas umat Islam Malaysia). – MYNEWSHUB.CC
 
Copyright © 2014 PenangKini.