BREAKING NEWS

Thursday, 13 April 2017

Kalau Benar Rafizi Buat Kerana Allah, Kenapa Senyap Pelbagai Isu Di Selangor Dan P.Pinang?

Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo mempersoalkan apakah benar tindakan Rafizi Ramli mendedahkan siapa pemimpin Pas yang menerima dana 1MDB itu kerana Allah dan bukan kerana soal kepentingan dan keuntungan politik pakatan harapan, termasuk untuk mencari publisiti buat dirinya sendiri.
Menurut beliau, jika benar Rafizi mendedahkan perkara tersebut kerana Allah, maka mengapa pula isu-isu penyelewengan yang berlaku di dalam pakatan harapan, termasuk di dalam PKR sendiri beliau tidak dedahkan, sebaliknya menutup mulut rapat-rapat tentang perkara itu.
“Saya nak nasihatkan Rafizi jangan sewenang-wenangnya menjual nama Allah untuk kepentingan politik kepartian dan peribadinya. Jika beliau benar-benar mahu mendedahkan segala bentuk penyelewengan kerana Allah, maka tidak boleh ada pengecualian, termasuk mendedahkan penyelewengan yang berlaku di dalam partinya sendiri.
“Kenapa beliau tidak persoalkan Azmin ke mana perginya dana pintu gerbang yang berjumlah berjuta ringgit? Begitu juga dengan penyelewengan yang berjumlah berbilion ringgit dalam isu Splash. Sama juga dengan isu-isu lain seperti DEIG, isu TAWAS, SMUE dan lain-lain isu lagi. Mengapa tidak dedahkan?
“Apakah Rafizi tidak ingat Allah ketika beliau mengatur strategi langkah kajang untuk menjatuhkan Tan Sri Khalid Ibrahim yang bersenjatakan fitnah dan tohmahan? Apakah beliau tidak ingat Allah ketika memfitnah Datin Rosmah dalam isu cincin, memfitnah Tan Sri Sharizat Jalil dalam isu NFC?
“Bahkan setelah beberapa kali dijatuhi hukuman bersalah kerana memfitnah, apakah beliau tidak serik dan tidak ingat bahawa itu adalah peringatan dari Allah, dan terus menerus melakukan perbuatan memfitnah itu?,” soal Ismail tegas ketika berkata kepada UMNO-Online di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli yang m membuat kenyataan di sebuah portal pro pembangkang  hari ini bahawa tindakan beliau mendedahkan rasuah yang berlaku di dalam Pas itu adalah semata-mata kerana Allah.
Tambah Ismail lagi, imej dan kredibiliti Rafizi telah lama tercalar di mata rakyat, bahkan penyokong PKR sendiri ekoran sikap dan tindakannya yang seringkali  membuat kenyataan berunsur fitnah tanpa ada bukti yang kukuh untuk menyokong kenyataannya itu.
“Ketika mahu menjatuhkan Tan Sri Khalid, segala dakwaan yang ditujukan kepada Tan Sri bertujuan untuk memburukkan imej serta menjadi alasan untuk menjatuhkan beliau hanyalah fitnah semata-mata. Ini terbukti apabila Tan Sri Khalid membawa perkara itu ke mahkamah, PKR akhirnya terpaksa meminta maaf di atas segala fitnah yang mereka lakukan itu.
“Siapakah tok dalang dalam episod Langkah Kajang itu? Sudah tentu tak lain dan tak bukan, Rafizi sendiri. Akibat terlalu berkehendakkan publisiti, Rafizi tidak kisah melakukan dosa yang dianggap lebih besar dari dosa membunuh dengan memfitnah di sana sini.
“Dan hari ini, tiba-tiba beliau mendakwa pendedahan yang beliau buat itu adalah semata-mata kerana Allah. Mengapa hari ini baru nak ingat Allah? Mengapa ketika beliau merencanakan fitnah-fitnah sebelum ini beliau tidak mahu ingat Allah?,” ujarnya.-MediaUMNO
 
Copyright © 2014 PenangKini.