BREAKING NEWS

Saturday, 8 April 2017

Kementerian Wanita pertahan Shabudin


8 APRIL: Selepas Mufti Kelantan, kini Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tampil mempertahankan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya susulan kontroversi saranannya bahawa perogol perlu berkahwin dengan mangsa bagi menutup dakwaan jenayah seksual itu
Menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata Shabudin hanya berkongsi pengalamannya sebagai bekas Hakim Mahkamah Syariah bagi menangani isu perkahwinan di bawah umur.
Tegas Rohani, adalah ‘malang’ apabila kenyataan Shabudin diputar-belit serta diambil di luar konteks.
“Sebagai bekas hakim, beliau sudah menghadapi semua senario ini dan hanya berkongsi pengalaman mengendalikan kes-kes terbabit.
“Shabudin tidak membayangkan bahawa seorang gadis berusia sembilan tahun boleh berkahwin, tetapi sebaliknya beliau memperincikan penjelasannya,” kata Rohani di Hotel Berjaya Times Square pada Sabtu.
Kata Ahli Parlimen batang Lupar itu, Shabudin dilihat memberikan sokongan penuh kepada pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap kanak-Kanak 2017.


 
Copyright © 2014 PenangKini.