BREAKING NEWS

Thursday, 20 April 2017

KENAPA LIM GUAN ENG DAP TAKUTKAN RAKYAT ?


Kita tertanya-tanya dengan kenyataan terbaru Lim Guan Eng DAP yang seolah-olah sengaja mahu dijadikan punching bag parti lawan. Malah, ianya menunjukkan beliau begitu gelisah dan tidak yakin dengan kemampuan parti cauvinis DAP.

Yang terbaru ialah dakwaan dangkal beliau yang mendakwa kononnya negeri Pulau Pinang akan bertukar menjadi lebih teruk jika Barisan Nasional merampas semula negeri daripada Pakatan Harapan. Guan Eng cuba menakut-nakutkan rakyat negeri kononnya semuanya akan hilang dan musnah.

Contoh-contoh yang diberi tidak masuk akal dan menempelak balik diri beliau dan kerajaan DAP.. Yang paling tidak masuk akal ialah Pulau Pinang yang hijau menjadi botak. Di manakah malu beliau apabila berkata demikian kerana beliau yang mempopularkan perkataan 'botak' di kalangan rakyat Pulau Pinang dan sesiapa yang mengunjungi negeri ini?

Buktinya sudah tersebar luas dan amat sakit untuk mata memandang hinggakan menjadi trademark jika sesiapa menyusuri jambatan Pulau Pinang.





TERUSKAN MEMBACA DISINI-- DrMiM
 
Copyright © 2014 PenangKini.