BREAKING NEWS

Monday, 17 April 2017

Kenapa RAFIZI RAMLI Hanya Berani Buat Akuan Bersumpah Tapi Tak Berani Saman RAJA PETRA KAMARUDDIN?

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mempersoalkan tindakan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang hanya bertindak melakukan akuan bersumpah (SD) semata-mata bagi menafikan tuduhan blogger, Raja Petra Kamaruddin.

"Kenapa Rafizi sendiri tidak menyaman Raja Petra yang menuduh beliau terima duit secara terbuka. Dia hanya melakukan SD menafikan tuduhan itu.

"SD sahaja tidak cukup, sepatutnya Rafizi kena saman kerana Raja Petra menyebut dengan jelas bahawa beliau dan beberapa pemimpin PKR menerima duit.

"Namun dalam kes Pas (tuduhan Sarawak Report bahawa Pas terima duit RM90 juta) kenapa Pas pula diminta untuk saman Sarawak Report. Nampak macam ada percanggahan dari segi isu," katanya kepada Sinar Harian.

Raja Petra pada 8 April lalu, mendakwa ahli perniagaan, Datuk John Soh Chee Wen pernah menyalurkan wang berjuta-juta ringgit kepada Rafizi dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution disamping beberapa pemimpin lain.

Namun, Rafizi bertindak membuat SD bagi menafikan dakwaan tersebut.

Mohd Amar juga membangkitkan persoalan, mengapa dalam isu ini, SD yang dilakukan Rafizi perlu diterima, walhal kes lain misalnya melibatkan SD Saiful Bukhari Azlan dan Datuk Abdul Murad Khalid (bekas Penolong Gabenor Bank Negara) tidak diterima.

"Dalam soal sumpah, Datuk Seri Anuar Ibrahim daripada awal tuduhan liwat sampai penjara tidak pernah bersumpah menafikan tuduhan tersebut.

"Jadi bagaimana itu? Kalau kita terima SD Rafizi, maka kita perlu terima juga SD Saiful dan Murad.

"Kita kena konsisten, kalau ada metologi, perlu gunakan metalogi yang sama. Jangan kita gunakan untuk diri sendiri. Tidak betul caranya," katanya.

 
Copyright © 2014 PenangKini.