BREAKING NEWS

Saturday, 8 April 2017

KERANA IA BERKESAN DI MALAYSIA, INDIA TIRU LAKSANA GST JULAI INI

India akan melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) selepas rang undang-undang berkaitan pencukaian itu diluluskan Rajya Sabha (Dewan Negara) Parlimen India semalam.

Sistem pencukaian GST, yang merupakan pembaharuan cukai terbesar sejak kemerdekaan India pada 1947 itu dijangka mula dilaksanakan pada 1 Julai ini.
Ia akan membantu memperkukuhkan ekonomi India.
Rajya Sabha meluluskan empat perundangan tambahan kepada GST semalam tanpa pindaan.
Pada 29 Mac lepas, Lok Sabha (Dewan Perwakilan) telah memberi kelulusan terhadap empat peruntukan undang-undang GST.
Pembaharuan cukai berkenaan membuktikan kesepaduan politik dalam badan perundangan itu.
Semasa perbahasan di Rajya Sabha baru-baru, Menteri Kewangan India, Arun Jaitley berkata: “saya gembira apabila berkaitan kepentingan negara, semua parti politik mencapai kata sepakat.”
Bekas perdana menteri India, Manmohan Singh turut menyokong langkah terbaharu itu.
Kerajaan India semasa pimpinan Manmohan tidak dapat meluluskan undang-undang GST disebabkan kekurangan konsensus terhadap peruntukan cukai berkenaan.
“Ia boleh menjadi agen perubahan, dan saya tidak jangka wujud kesukaran ke arah melaksanakannya,” kata Manmohan.
GST, merupakan pembaharuan ekonomi yang paling ketara India, akan menggabungkan eksais pusat, cukai perkhidmatan, cukai nilai tambah dan levi tempatan lain sekali gus mewujudkan satu pasaran seragam yang akan ditadbir urus oleh Majlis GST.
 
Copyright © 2014 PenangKini.