BREAKING NEWS

Tuesday, 11 April 2017

Kit Siang didesak terima cabaran debat

BUTTERWORTH - Bekas Pengerusi DAP Cawangan Bagan Luar, G Asoghan hari ini mendesak Penasihat DAP Lim Kit Siang untuk menerima cabaran bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim untuk berdebat.

"Saya minta Lim Kit Siang tidak lari... rakyat Malaysia harus dan perlu tahu


Lim Kit Siang memang seorang diktator dan tidak mempunyai demokrasi memimpin parti DAP selama 51 tahun," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Pada sidang media 4 April lepas, Tunku Abdul Aziz mencabar Lim untuk

berdebat mengenai dasar dan pemerintahan diktator yang menjadi asas perjuangan parti itu selepas penasihat DAP itu membuat keputusan melantik orang Melayu untuk mengambil kerusi jawatan pengerusi Pakatan Harapan.

Tunku Abdul Aziz mendakwa strategi itu hanya sebagai muslihat untuk

memperdaya pengundi Melayu untuk mempercayai bahawa orang Melayu akan menerajui tampuk kuasa dan kekal mentadbir negara ini apabila pakatan pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang.

Asoghan mendakwa tidak wujud demokrasi dalam parti DAP dan Lim akan menyingkirkan sesiapa sahaja di dalam parti bagi menjaga kedudukan dinasti Lim dalam DAP.

"Saya antara mangsa kekejaman politik kuku besi Lim Kit Siang. Selain saya, masih ada yang dalam parti DAP Lim Kit Siang akan singkir," katanya. - Bernama
 
Copyright © 2014 PenangKini.