BREAKING NEWS

Tuesday, 11 April 2017

Lim Guan Eng Patut Berundur - Adun DAP


Seorang wakil rakyat DAP mengulangi pendiriannya bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng perlu berundur sementara menunggu perbicaraan kes rasuahnya di mahkamah.
Bagaimanapun ADUN Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu menjelaskan laporan media yang mencadangkan bahawa beliau akan menyokong usul Umno yang bakal dibentangkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri pada Mei nanti.
Teh berkata ini adalah sentiasa pendiriannya.
"Jika mereka (Umno) mahu membentangkan usul, terpulang kepada mereka. Saya tidak kata saya akan menyokongnya," katanya.
Sementara itu, Star Online memetik Teh sebagai berkata melepaskan jawatannya adalah perkara yang sepatutnya dilakukan oleh Lim.
"Sekurang-kurangnya beliau pergi bercuti sementara sehingga kesnya selesai. Ketua menteri telah didakwa atas tuduhan rasuah dan oleh itu beliau perlu berundur supaya siasatan dapat diteruskan dengan lancar," katanya.
Pada November 2015, Teh menyokong usul ADUN Umno Pulau Betong, Muhammad Farid Saad menggesa supaya diadakan pendengaran awam berhubung penambakan laut dan penggantungan semua kerja-kerja baru itu sehingga kajian impak laut, alam sekitar dan sosial dijalankan.
Teh kemudian memohon maaf kepada DAP kerana menyokong usul itu.-MK

 
Copyright © 2014 PenangKini.