BREAKING NEWS

Saturday, 15 April 2017

Media penting dalam pembentukan pemikiran


KUALA LUMPUR: Peranan media sama ada arus perdana atau alternatif sangat penting dan berpengaruh dalam pembentukan pemikiran masyarakat dan negara.

 Pengerusi Suruhanjaya Intergriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Datuk Yaacob Md Sam, berkata penyampaian maklumat dan informasi yang berkesan oleh media yang memiliki sumber manusia terlatih dalam bidangnya adalah medium paling berkesan dan diyakini masyarakat umum. "Media mampu memberi kesan kepada pemikiran dan kehidupan masyarakat serta pembinaan negara. 

'Sebaliknya jika media disalah guna, ia juga mampu membawa membawa kepada kehancuran atau kemuraman pada negara.

 "Kerana itu terdapat ungkapan 'kuasa sebatang pena itu lebih tajam daripada sebilah pedang. Maka tidak hairanlah mengapa hubungan strategik bersama media amat diperlukan khususnya untuk mendekati masyarakat dalam usaha menjayakan pembinaan negara bangsa. 

"Di atas kesedaran betapa pengaruh media berupaya mengubah halatuju masyarakat dan keharmonian bermasyarakat, maka media perlu bijak mengambil peranan dengan pelaporan berintergriti, berani, telus dan tepat," katanya pada Malam Apresiasi Media 2017. 

Pada majlis itu, Yaacob menyampaikan momento penghargaan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Paul Low Seng Kuang. Yang turut hadir, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif INTERGRITI, Datuk Dr Anis Yusal Yusoff.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/271749?m=1
 
Copyright © 2014 PenangKini.