BREAKING NEWS

Wednesday, 19 April 2017

Mengapa Perlu Keluar Negara Untuk Burukkan Malaysia


Kenapa perlu sahingga keluar negara untuk burukkan Malaysia, itu soalan yang sering ditanya oleh rakyat kepada pemimpin mereka terutama yang menyokong kerajaan kepada pemimpin parti pembangkang.

Sudah pasti jawapan mereka adalah untuk berkongsi pengalaman dan mengadu prihal kezaliman kerajaan Barisan Nasional dibawah pimpinan orang Melayu terutama UMNO.

Siapa pun pemimpin itu sudah pasti mereka akan menuduh perkara yang sama, baik dari zaman Tungku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun hussien, Tun Mahathir, Tun Abdullah Badawi dan kini yang sedang menerima tomahan adalah Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perkara yang berulang-ulang dilakukan dan yang pasti kesemua perkara tersebut sudah pasti kelibat Lim Kit Siang pasti akan dimasukkan kerana beliau adalah pemimpin yang tidak pernah bertukar sejak parti DAP di luluskan pendaftarannya pada tahun 1966.

Daripada jawatan Setiausaha Agung sahingga kini menjawat jawatan Ketua Umum DAP, sebut sahaja negara mana yang tidak mereka jelajah semata mahu menyampaikan cerita buruk Malaysia disamping cuba mendapatkan simpati pemimpin kerajaan negara tersebut.

Sahingga mengadu untuk menjadi Perdana Menteri juga mereka lakukan, selain memburukkan keadaan negara Malaysia kononnya tidak selamat untuk melabur kerana negara ini diuruskan oleh mereka yang korup dan tidak amanah, fitnah yang sengaja direka bagi melemahkan keyakinan pelabur untuk melabur dinegara ini.

Tindakan pemimpin pembangkang yang memburukkan Malaysia kepada negara luar adalah amat menduka citakan rakyat negara ini, maka oleh itu rakyat mula menolak kepimpinan pembangkang, sikap pemimpin mereka yang suka memburukkan negara boleh dianggap sebagai tindakkan mensabotaj ekonomi negara.

Ini kerana tindakkan mereka boleh memberi implikasi yang sangat besar kepada kemajuan dan pembangunan negara dan sudah pasti kesannya akan dirasai oleh rakyat sendiri.

Lihat sahaja perkara sabotaj terbaru yang telah mereka lakukan dimana negara hampir kehilangan pelaburan dari negara Arab Saudi yang bernilai hampir RM31 bilion ringgit, setelah Malaysia berjaya meyakinkan kepimpinan negara Arab Saudi bahawa apa-apa keburukkan negara yang dibentangkan oleh pembangkang adalah fitnah semata dan tidak benar.

Jika tidak Arab Saudi juga akan bertindak sama seperti negara Taiwan yang telah membatalkan pelaburan mereka gara-bara di hasut oleh pihak pembangkang negara ini.

Sebenarnya apa yang dilakukan oleh pihak pembangkan terhadap kemajuan ekonomi Malaysia adalah semata mahu menutup segala kelemahan mereka, lihat sahaja kepada 3 buah negeri yang di tabir uruskan oleh pihak pembangkang, tidak ada satu pun dari negeri berkenaan yang mencapai kejayaan dari segi penarikkan pelabur.

Mereka kini sedang menguruskan negeri dengan hasil yang telah di himpun oleh kerajaan Barisan Nasional sejak sekian lama sebelum mereka mengambil alih kerajaan negeri dan kini sedang menutup kelemahan mereka kerana mereka sendiri tidak mampu menyediakan kemajuan untuk rakyat.

Seperti mana kepimpinan Pulau Pinang yang gagal menarik pelabur ke negeri mereka, walaupun sebelum ini Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, dengan bangganya mengeluarkan kenyataan bahawa negeri itu merupakan destinasi pilihan pelabur dari luar.

Yang nyata lebih banyak pelabur dari negara luar meninggalkan Pulau Pinang, tetapi pemimpin pembangkang mengalihkan isu mereka kepada kerajaan Barisan Nasional kononnya sedang menjual negara apabila ramai pelabur asing datang ke negara ini untuk melakukan pelaburan.

Sejak dari selepas kemerdekaan lagi salah satu cubaan pembangkang untuk mengambil alih kerajaan adalah dengan memburukkan negara ini dengan mengatakan bahawa Malaysia ini sebuah negara gagal, memiliki pemimpin yang rasuah dan memiliki pemimpin ditaktor.

Rakyat seharusnya sedar bahawa jika negara ini tidak mempunyai kepimpinan yang jitu, amanah dan jujur melaksanakan tangung jawabnya kepada rakyat, sudah pasti Malaysia tidak akan menerima pelaburan dari negar-negara besar Eropah seperti Perancis, Amerika Syarikat, United Kingdom dan sebagainya.

Begitu juga dengan negara kuasa besar yang lain seperti China, India dan Arab Saudi yang telah membuat persetujuan untuk melabur di dalam negara ini, malah banyak negara dunia yang memilih Malaysia sebagai rakan kongsi perniagaan dan juga pertukaran kepakaran teknologi moden dan pertanian.

Rakyat juga harus sedar bahawa negara Malaysia mempunyai rekod yang cemerlang di dalam mencari pelabur untuk melabur di negara ini, tidak seperti pembangkang yang menghantar wakil mereka keluar negara hanya semata mahu memburukkan Malaysia.

Sedarlah rakyat Malaysia bahawa pembangkang akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan kuasa walaupun terpaksa memburukkan ekonomi negara yang kesannya nanti akan dirasai oleh rakyat sendiri.


Cc: Post Metro Online
 
Copyright © 2014 PenangKini.