BREAKING NEWS

Saturday, 1 April 2017

Najib disambut Modi, yakin kukuh hubungan Malaysia-India


Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak diberi sambutan rasmi di Istana Presiden Rashtrapati Bhavan di sini hari ini

bersempena kunjungan rasmi enam hari beliau ke India.
Diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dan beberapa menteri Kabinet, Najib tiba di Istana Presiden pada 9 pagi dan disambut rakan sejawatan beliau, Narendra Modi.
Perdana Menteri kemudian memeriksa perbarisan hormat oleh Angkatan Tentera India, sebelum diperkenalkan kepada menteri Kabinet negara ini.

Dalam kenyataan ringkas kepada media, Najib, dengan Modi di sebelahnya, berkata beliau mengucapkan terima kasih kepada perdana menteri India itu atas jemputan yang diberi dan tidak sabar untuk melakukan kunjungan ke India.

“Saya yakin lawatan in akan membawa hubungan 2 hala sedia ada ke tahap lebih tingggi,” katanya.
Najib kemudian meletakkan kalungan bunga di Gandhi Smriti, Raj Ghat, pusara negara, di mana Bapa Negara India, Mahatma Gandhi, disemadikan pada 31 Januari 1948 berikutan pembunuhannya.

Selepas itu, perdana menteri melakukan kunjungan hormat terhadap presiden India Pranab Mukherjee dan naib presiden, Mohammad Hamid Ansari.

Lawatan Najib ini mencerminkan kekukuhan hubungan 2 hala yang terjalin sejak 60 tahun lepas.
Ini lawatan ke-3 Najib ke India sejak beliau menyandang jawatan perdana menteri pada 2009.
Lewat hari ini, perdana menteri akan mengadakan mesyuarat terhad dengan Modi dan mesyuarat 2 hala dengan anggota kanan delegasi kedua-dua negara.

Antara isu yang dijangka menjadi topik perbincangan pada mesyuarat 2 hala itu ialah pelaburan, projek infrastruktur, kerjasama pertahanan, aturan perkhidmatan udara, pelancongan dan hubungan budaya serta isu kepentingan bersama berkaitan kerjasama antarabansga dan serantau.

Najib tiba di Chennai, sebuah bandar raya di selatan India kelmarin dan menghadiri majlis sambutan rasmi yang dihoskan Pemangku Gabenor Tamil Nadu, Vidhyasagar Rao, mengadakan mesyuarat dengan masyarakat peniaga dan bertemu dengan bintang filem terkenal Tamil, Rajinikanth.
Selain mesyuarat dua hala, Najib juga akan menghadiri sesi dialog dengan para pemimpin dan peneraju industri dalam sektor perniagaan utama India.

Beliau dijadual meneruskan perjalanan ke Jaipur esok untuk menghadiri perbincangan peringkat tinggi mengenai pencapaian syarikat Malaysia dalam projek infrastruktur di negeri Rajasthan.
Perdana Menteri juga dijadual menghadiri majlis makan tengah hari perniagaan dan Mesyuarat Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global (GSIAC) Ke-7 di ibu negara India ini pada Isnin, sebelum merasmikan Kompleks Baharu Suruhanjaya Tinggi Malaysia pada Selasa.

Kini, India merupakan rakan perniagaan ke-10 terbesar, destinasi eksport ke-7 terbesar, sumber import ke-12 terbesar dan pelabur ke-20 terbesar Malaysia, dengan nilai pelaburan berjumlah AS$2.31 bilion
 
Copyright © 2014 PenangKini.