BREAKING NEWS

Tuesday, 11 April 2017

Nanyang minta maaf hina Pandikar, Hadi

Akhbar berbahasa Cina, Nanyang Siang Pau hari ini memohon maaf kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung penyiaran kartun yang dianggap menghina kedua-dua pemimpin itu.
Akhbar itu dalam 1 kenyataan berkata mereka memohon maaf dan mengakui penyiaran kartun itu adalah tidak wajar untuk tatapan umum.

“Pihak kami juga telah menarik balik kartun sama yang disiarkan di laman berita Nanyang Siang Pau iaitu eNanyang.my,” menurut kenyataan itu.
Pada 8 April lepas, akhbar berkenaan menyiarkan sebuah kartun di portal mereka, yang menggambarkan seekor monyet memakai songkok dan dilabelkan sebagai ‘speaker’ manakala seekor lagi monyet memakai serban dan diberi label ‘Hadi Awang’.
Kedua-dua monyet berkenaan digambarkan sedang bertenggek di atas dahan sebuah pokok yang diberi label ‘Akta 355’.
 
Copyright © 2014 PenangKini.