BREAKING NEWS

Wednesday, 12 April 2017

Nanyang Siang Pau Hina Islam, Parlimen & Perlembagaan Persekutuan-Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP)




PULAU PINANG: Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP) mengecam tindakan biadab akhbar Nanyang Siang Pau yang dilihat seolah-olah sudah menjadi media anti-Islam dan telah bersedia untuk menjadi salah satu senjata musuh bagi menyerang Islam, kata Pengerusinya, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin.  

Menurut beliau, pihaknya merasa hairan kenapa akhbar seperti Nanyang Siang Pau begitu membenci kedaulatan Islam dan pemimpin-pemimpin Islam.  

“Apakah Nanyang Siang Pau sudah menjadi media anti-Islam dan telah bersedia untuk menjadi salah satu senjata musuh Islam bagi menyerang Islam di negara ini?” tanya beliau. 
  
Beliau berkata, JMPP tidak mahu permohonan maaf tetapi sebaliknya, Ketua Pengarang dan akhbar itu mesti dikenakan tindakan paling tegas kerana menghina Islam, pemimpin Islam, Perlembagaan Persekutuan dan Parlimen.


Menurut Mohamed Hafiz, kesalahan yang Nanyang Siang Pau lakukan sangat serius dan sangat besar, jika tidak dikawal ia akan mencetuskan keadaan huru hara.

 
Copyright © 2014 PenangKini.