BREAKING NEWS

Wednesday, 12 April 2017

Niat Tony Pua Mahu Kait RUU 355 Dengan 1MDB Akhirnya Makan Diri


Disebalik kontroversi dan dan penangguhan beberapa kali di Dewan Rakyat, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akhirnya berjaya membentangkan usul persendirian Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 2016 atau lebih dikenali sebagai RUU355.

DAP, sebagai salah satu parti komponen Pakatan Harapan yang menentang usul berkenaan menggunakan peluang populariti usul tersebut pada hari berkenaan untuk mencetuskan isu yang kini sudah kabur dari padangan masyarakat.

“(Pembentangan usul Hadi) sebenarnya direka sebagai skema politik untuk mengalihkan pandangan rakyat Malaysia daripada jenayah yang dilakukan oleh Perdana Menteri.

“Terutamanya Perdana Menteri telah mencuri berbilion ringgit daripada 1MDB, sebuah anak syarikat yang dimiliki penuh oleh kerajaan Malaysia,” kata Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua Kiam Wee.

Beliau berkata demikian menerusi satu klip video yang disiarkan beliau menerusi akaun Facebooknya pada petang 6 April, sejurus selepas Hadi membentangkan RUU355 di Dewan Rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pada itu menggesa agar pemimpin DAP itu memohon maaf secara bertulis dan menarik balik kenyataan fitnah berkenaan dalam tempoh tujuh hari bermula semalam sebelum prosidin undang-undang diteruskan.

“Bertentangan dengan kenyataan fitnah anda, anak guam kami bukannya kleptokrat yang zalim dan menindas serta mengelak kritikan, atau pemimpin yang terlibat dalam amalan rasuah atau mencuri wang rakyat.

“Dakwaan palsu dan tidak berasas sama sekali oleh anda itu bertujuan meremehkan kedudukan tinggi politik anak guam kami, reputasi baik beliau di dalam negara dan antarabangsa. Dengan berbuat demikian, anda bertindak dengan berniat jahat,” kata Peguam Datuk Mohd. Hafarizam Harun yang mewakili Najib didalam surat kepada Pua.

Penganalisis politik, Datuk Ahirudin Attan dipetik blog beliau, rockybru.com.my, berkata, usaha Tony untuk menghangatkan kembali isu 1MDB disebabkan usahanya sebelum ini menyaman Najib berhubung isu berkenaan gagal.

Lantas kata Ahirudin, Tony kini mengalihkan isu tersebut dengan mengaitkan 1MDB dengan RUU355 namun ianya sekali lagi memakan diri pemimpin DAP itu.

Ahirudin berkata demikian merujuk kepada kenyataan rakan DAP di dalam Pakatan Harapan, PKR, yang menyokong tindakan Presiden PAS membentangkan usul persendiriannya di Parlimen.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin yang menegaskan pembentangan berkenaan menggambarkan amalan demokrasi negara.

“Tony Pua dilihat sebagai orang paling bodoh di dalam episod RUU355 kerana rakannya di dalam PKR membuat kenyataan ini – PKR sokong hak Hadi bentang RUU355 (The Star, 11 April) – pada waktu sama peguam Najib menghantar surat tuntutan (maaf),” katanya lagi.


 
Copyright © 2014 PenangKini.