BREAKING NEWS

Monday, 3 April 2017

"Pemimpin PKR PP dangkal, perlekeh PAS"


BUKIT MERTAJAM: PAS negeri hari ini membidas Timbalan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mohd Rashid Hasnon berhubung kenyataannya tidak mahu mengendahkan usul PAS yang mahu membatalkan tahaluf siyasi dengan parti itu.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusof, berkata kenyataan Mohd Rashid itu jelas bersifat dangkal dan ia didakwa sebagai cubaan untuk memperlekeh PAS negeri.

 "Itu kenyataan dia (Mohd Rashid) dan bersifat peribadi, selain tidak mewakili PKR secara menyeluruh.

"Apa yang penting adalah 13 Kawasan PAS di Pulau Pinang memang serius mahu membatalkan tahaluf siyasi dengan PKR dan itu yang mereka perlu hadapi, " katanya pada sidang media Muktamar Pemuda PAS negeri di sini.

Semalam, Mohd Rashid enggan mengendahkan usul PAS Pulau Pinang yang mahu membatalkan tahaluf siyasi dengan PKR, selain menyifatkannya sebagai tindakan kurang bijak.


Sementara itu, Ketua Pemuda PAS negeri, Afnan Hamimi Taib Azmudden, berkata pergerakan Pemuda hari ini, sebulat suara menyokong usul supaya parti itu memutuskan kerjasama politik dengan PKR.


Berita Harian
 
Copyright © 2014 PenangKini.