BREAKING NEWS

Thursday, 13 April 2017

Perlantikan Hishamuddin Dibuat Secara Merit, Bukan Seperti Pakatan Harapan



Terlebih dahulu, sekalung tahniah diucapkan kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien yang telah dilantik sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Perlantikan ini dilihat kena dengan cara dan corak kepimpinan Datuk Seri Hishamuddin yang turut menggalas tanggungjawab besar dalam memastikan pertahanan negara berada dalam keadaan baik.
Namun, disebalik perlantikan ini, terdapat suara-suara sumbang pembangkang yang mendakwa, perlantikan Datuk Seri Hishamuddin ini dibuat kerana hubungan kekeluargaan beliau dengan Datuk Seri Mohd Najib. Malah, ada juga suara-suara sumbang yang mendakwa, ianya adalah isyarat awal Datuk Seri Mohd Najib sudah sedia untuk berundur dari jawatannya sebagai Perdana Menteri.
Memang agak pelik melihat pelbagai persepsi negatif yang dilemparkan oleh pakatan pembangkang. Manakan tidak, sebelum perlantikan Datuk Seri Hishamuddin, sekurang-kurangnya 4orang menteri pernah menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas ini dan kali terkahir perlantikan ini dibuat sewaktu Tun Daim Zainuddin dilantik semasa era pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.
Jika mengikut logik pembangkang, adakah pada ketika itu, Tun Daim akan dibobatkan sebagai pengganti Mahathir? Tidak bukan kerana pada tahun 2002, Tun Abdullah Ahmad Badawi di lantik bagi menggantikan beliau. Justeru, dimanakah logik dakwaan pembangkang ini?
Ada jua pendapat yang mengatakan, perlantikan Datuk Seri Hishamuddin ini dibuat kerana status beliau selaku sepupu Datuk Seri Mohd Najib. Ini juga mudah disangkal kerana sejak Datuk Seri Mohd Najib menjadi Perdana Menteri, karier dan perjalanan politik Datuk Seri Hishamuddin adalah dibina oleh beliau sendiri.
Jika benar Datuk Seri Mohd Najib mahu melonjakkan karier politik Datuk Seri Hishamuddin, sudah tentunya, Datuk Seri Hishamuddin sudah menjadi Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri. Lihat sahaja kedudukan Datuk Seri Hishamuddin hari ini. Selain daripada memegang kuasa Naib Presiden UMNO, beliau juga adalah Menteri Pertahanan. Adakah ini hasil daripada bantuan Datuk Seri Mohd Najib?
Sepatutnya, sebelum pembangkang mencampuri urusan dalaman kerajaan dengan melemparkan pelbagai tuduhan, mereka wajar melihat bagaimana keadaan dalaman pakatan pembangkang itu sendiri. PKR hari ini dipimpin oleh Datin Seri Wan Azizah setelah Datuk Seri Anwar disumbatkan kedalam penjara akibat salah lalu seksualnya.
Malah, jawatan Naib Presiden juga diisi oleh anak Anwar itu sendiri, Nurul Izzah Anwar. Bukankah ini dinamakan kekuasaan keluarga Anwar di dalam PKR? DAP juga tidak terkecuali dalam hal ini. Lim Kit Siang hari ini sudah menyiapkan bakal penggantinya, Lim Guan Eng iaitu anak Kit Siang sendiri untuk memimpin parti berkenaan.
Bagi Parti pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), bukan satu rahsia lagi buat parti berkenaan hanya mahu menjadikan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Perdana Menteri. Itulah harapan Presidennya, Tun Dr Mahathir yang ingin memastikan harapan dan cita-citanya terlaksana.
Lebih hebat lagi, seperti yang berlaku di dalam PKR dan DAP, nama anak-anak atau waris mereka langsung tidak boleh dicabar dalam setiap kali pemilihan parti. Ianya seolah-olah tempat dan kuasa mereka telah terjamin tanpa dapat dicabar dan ianya jelas bertentangan dengan amalan demokrasi tulen.
Sepatutnya, dalam hal-hal sedemian, tiada salahnya perlantikan Datuk Seri Hishamuddin. Beliau dilihat sebagai seorang individu yang berkebolehan untuk menyelesaikan segala permasalah yang timbul antara Malaysia dengan dunia luar. Pembangkang sengaja mensensasikan isu ini kerana mereka sendiri kehausan isu untuk kepentingan diri mereka sendiri.
CC: PRU14.TV
 
Copyright © 2014 PenangKini.