BREAKING NEWS

Friday, 7 April 2017

Permit pekerja asing: Hanya permohonan online


Jabatan Imigresen hanya memproses permohonan secara atas talian bagi permit pekerja asing sebagai langkah berani menghapuskan peranan ejen dan orang tengah, berkuat kuasa pada 1 April lalu.
Dalam laporan The Star, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata proses itu akan menangani masalah ejen mengenakan caj berlebihan kepada majikan atau menipu pekerja asing.

Bercakap kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya, Zahid berkata ramai pekerja asing ditipu ejen menyebabkan mereka terkandas di negara ini selepas membayar sejumlah wang untuk memasuki negara ini.
“Salah mengambil kesempatan terhadap mereka yang terpaksa meninggalkan keluarga untuk mencari nafkah di negara asing.

“Dengan adanya polisi ini, kita berharap tidak ada lagi kes seumpama itu,” katanya dipetik sebagai berkata kepada akhbar itu.

The Star melaporkan, Zahid berkata peraturan baru itu akan memendekkan tempoh kelulusan dan memudahkan data direkodkan.

Sistem pendaftaran atas talian yang menggantikan permohonan secara dokumen itu disediakan kepada majikan yang ingin mengambil pekerja asing dalam semua sektor kecuali pembantu rumah, menurut laporan itu.
 
Copyright © 2014 PenangKini.