BREAKING NEWS

Monday, 3 April 2017

Pesara guru diminta kongsi kepakaran #TN50




SEBERANG JAYA – Pesara guru disaran terus berkhidmat kepada masyarakat terutama golongan muda dengan berkongsi pengalaman dan kepakaran mereka bagi merealisasikan kejayaan Agenda Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata, pengalaman lebih 30 tahun dimiliki pesara guru wajar dimanfaatkan untuk memacu pembangunan negara.

Katanya, guru pada masa ini perlu memanfaat dan menambah baik pengalaman untuk memastikan kualiti perkhidmatan mereka dapat memberi implikasi positif kepada generasi muda serta pendidikan negara.

Zainal Abidin membe­ritahu, pihaknya akan memastikan kebajikan lebih 5,600 pesara guru di negeri ini sentiasa diutamakan meskipun mereka memiliki wang simpanan persaraan atau pencen.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO ne­geri berkata demikian selepas mengha­diri program khas Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) bersama lebih 300 pesara pendidik.

Dalam program itu, peserta diberikan pendedahan terhadap hala tuju YGBM dan kerjasama yang akan dijalinkan bersama Persa­tuan Pesara Guru Pulau Pinang.

Sementara itu, Pengarah YGBM, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, pihaknya akan menganjurkan Mesyuarat Agung YGBM di sini pada 29 April ini yang menghimpunkan lebih 500 pesara guru dari pelbagai negeri di wilayah utara.


 
Copyright © 2014 PenangKini.