BREAKING NEWS

Thursday, 27 April 2017

PM Najib Razak tersenarai dalam top 500 Tokoh Muslim Paling Berpengarauh dalam dunia

Perdana Menteri Malaysia, Datuk seri Najib Tun Razak  beberapa tokoh politik Malaysia yang disenaraikan sebagai 500 tokoh Muslim Paling Berpengaruh edisi 2017.

Sementara itu, kumpulan nasyid terkenal, Raihan, turut diiktiraf di dalam senarai 500 Muslim paling berpengaruh di dunia itu.

Raihan yang kini dianggotai oleh tiga orang iaitu Che Amran Idris, Abu Bakar Md Yatim dan Amran Ibrahim mewakili Malaysia dalam kategori Seni dan Budaya.

Selain Raihan, artis lain yang turut tersenarai bagi tahun kedua termasuk Datuk Siti Nurhaliza dan Hafiz.

Dalam kategori bisnes, turut tersenarai rakyat Malaysia adalah Presiden Malaysian Islamic Chamber of Commerce (DPIM), Tan Sri Muhammad Ali Hashim.

Manakala dalam bidang sains dan teknologi, angkasawan pertama Malaysia, Dr Sheikh Muszaphar Shukor turut disenaraikan dalam laporan itu.

The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku “The 500 Most Influential Muslims In The World” tahun 2009.

Pemilihan dibuat berdasarkan nilai pengaruh seseorang tokoh terhadap masyarakat selain mampu membawa perubahan dalam kehidupan.

Edisi pertama buku itu diterbitkan pada 2009 dan diolah Profesor John L Esposito serta Ibrahim Kalin dari Universiti Georgetown di Washington.

Penerbitnya adalah Pusat Pengajian Strategik Diraja Islam – sebuah badan kajian bebas yang bergabung dengan Institut Pemikiran Islam Diraja Aal al-Bayt yang berpangkalan di Amman Jordan.

Menurut penerbit, buku berkenaan diterbitkan untuk memberi impak kepada dunia Muslim, selain menjadi inspirasi kepada orang ramai.

Antara lain pengisian buku itu ia mengambil kira tokoh dari kategori seni, budaya, ideologi, kewangan, falsafah, pembaca al-Quran, media, sukan, sains dan teknologi.

Menurut laporan itu dianggarkan 1.76 bilion umat Islam diseluruh dunia hari ini yang membentuk 23.85 peratus kepada jumlah populasi penduduk dunia


 
Copyright © 2014 PenangKini.