BREAKING NEWS

Wednesday, 26 April 2017

PPD SEBERANG PERAI SELATAN PERTAMA DI DUNIA.

Penyerahan Sijil Pengiktirafan dan Piala yang diserahkan oleh Setiausaha agong WIIPA kepada Tuan Ketua PPDSPS

Nibong Tebal – Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Selatan telah berjaya menjadi sebuah institusi pengurusan pendidikan pertama di dunia dalam Program yang di anjurkan oleh Malaysia Research & Innovation Society ( MyRIS) dengan kerjasama UNIMAP dan World Invention Intellectual Property Associations ( WIIPA).

Menurut Timbalan Presiden WIIPA, Profesor Madya Dr Mohd Mustafa Al Bakri, PPD Seberang Perai Selatan satu-satunya Institusi Pengurusan Pendidikan yang berjaya menghantar penyertaan tertinggi dalam program bertaraf antarabangsa.

Di dalam Innovation Design Research International Symposium ( IDRIS 2017) yang berlangsung pada 23 hingga 25 April di Silka Maytower Hotel Kuala Lumpur, PPD Seberang Perai Selatan telah berjaya menghantar seramai 31 pasukan di atas nama MYPPDSPS. IDRIS disertai oleh 16 buah negara di dunia iaitu Malaysia,  Taiwan, Thailand, Kemboja, Canada, Bulgaria, Indonesia, China, Vietnam, Hong Kong , Filipina, Amerika Syarikat, Romania, Morocco, Korea Selatan dan Macau.

Lebih menarik ,5  pasukan PPD SPS telah berjaya memperolehi  Anugerah “Double Gold” iaitu anugerah tertinggi dalam IDRIS 2017. Dua buah sekolah lagi iaitu SK Jawi dan SK Saujana Indah mendapat Anugerah Khas. Apa yang membanggakan lagi 2 buah sekolah dari PPDSPS iaitu SK Permatang Tok Mahat, telah mendapat pengiktirafan Young Inventor  dan  SMK Seri Nibong pula menerima anugerah Special Award Classed G- Environmental And Renewable Energy.

Menurut Norhassim Mahat yang juga Ketua PPD Seberang Perai Selatan, pencapaian yang diperolehi oleh pasukan MYPPDSPS dalam IDRIS 2017 amat membanggakan. Di dalam IDRIS 2017 , pasukan MYPPDSPS  telah memperolehi Anugerah 5 "Double Gold", 6 Emas,  dan 20 Perak.

PPD Seberang Perai Selatan juga telah menerima Pengiktirafan daripada pihak World Invention Intellectual Property Asociations ( WIIPA) sebagai Institusi Yang Paling Menonjol Mempromosi bidang rekacipta dan inovasi dikalangan pelajar. Pengiktirafan ini disampaikan sendiri oleh Setiausaha Agong WIIPA Man Li Hsieh
 
Copyright © 2014 PenangKini.