BREAKING NEWS

Wednesday, 19 April 2017

Propaganda Basi Lim Kit Siang & DAP Tuduh Malaysia akan Bangkrap


  1. Baru-baru ini, pemimpin tertinggi DAP, Lim Kit Siang membuat beberapa siri kenyataan media yang lebih kerap, di mana ia lebih menjurus kepada rungutan kononnya dia menjadi mangsa serangan.
  2. Salah satu dakwaannya ialah pada Pilihanraya Umum akan datang bakal menjadi pilihanraya ‘paling kotor’ dalam sejarah. Ini bermakna pada setiap lima tahun, Kit Siang akan mengulangi dakwaan ini. Jika kita melihat semula dakwaannya ini bagi tempoh tiga dekad lalu, setiap pilihanraya dituduhnya sebagai paling kotor dalam sejarah.
  3. Tuduhan ini hanyalah salah satu propaganda lazim yang dilaungkan pembangkang untuk mencetuskan ‘ketidakadilan’ di kalangan pengundi.
  4. Satu lagi propaganda yang kerap digunakan Kit Siang bertahun lamanya ialah Malaysia akan menjadi negara yang gagal atau bankrap maka semua perlu mengundi mereka kononnya bagi ‘Menyelamatkan Malaysia.’
  5. Dia dan DAP sudah bercakap nada yang sama sejak tahun 60an lagi. Malah pada 1978, Kit Siang turut menulis sebuah buku berjudul ‘Bom Jangka di Malaysia’ di mana dia memberi amaran kononnya Malaysia akan bankrap dan menjadi negara gagal tidak lama lagi.
  6. Tahun depan adalah 2018 dan menjadi tahun ke-40 bagi tuduhan Kit Siang kononnya ‘bom jangka’ dikatakan akan meletus. Bukan sahaja Malaysia tidak bankrap malah kita dapati pemimpin DAP semakin kaya, termasuk anaknya yang menaiki kereta Mercedes S-Class dan tinggal di banglo seluas 10,500 kaki persegi bernilai jutaan ringgit di sebuah kawasan eksklusif di Pulau Pinang. Malaysia tidak perlu ‘diselamatkan’ dan berterusan membangun tetapi saya tertanya, siapakah pula akan menyelamatkan kita dari terus bosan dari mendengar propaganda basi DAP?
  7. Saya agak terhibur dengan dakwaan Kit Siang melalui kenyataan media berterusannya selama beberapa dekad ini mendakwa anaknya, Lim Guan Eng ‘telah merentasi sempadan budaya dan agama untuk mempertahankan kehormatan seorang remaja perempuan bawah umur Melayu yang didakwa dirogol hingga menyebabkan Guan Eng ‘mengorbankan’ dirinya dan merengkok dalam penjara.
  8. Ini adalah satu lagi propaganda palsu, dari berdozen-dozen dakwaan, yang digunakan oleh DAP untuk menjulang imej pemimpin mereka.
  9. Mungkin Kit Siang mudah lupa bahawa Guan Eng didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan di atas kesalahan mencetak dan mengedar cerita palsu dengan niat jahat di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan Akta Hasutan 1948, bukan kerana mempertahankan gadis Melayu.
  10. Pada awalnya, Guan Eng didapati bersalah dan diperintah membayar RM15,000 denda tetapi dia enggan. Dia kemudian membuat keputusan untuk memfailkan rayuannya sambil berulangkali mempersoalkan keputusan hakim di luar mahkamah. Ini turut menyebabkan dia diseret ke penjara ketika keputusan rayuannya dibacakan.
  11. Mungkin Kit Siang lupa orang yang didakwa merogol itu turut memfailkan saman terhadap DAP kerana memfitnah dan DAP turut mengaku di mahkamah bahawa semua tuduhan mereka tidak berasas?
  12. Mungkin Kit Siang juga lupa Time Magazine dan Asiaweek turut menarik balik artikel mereka dan mengeluarkan permohonan maaf terhadap individu yang didakwa merogol itu selepas mencetak apa yang didakwa DAP?
  13. Jika individu yang didakwa itu bukan ahli politik dari parti memerintah, tidak mungkin DAP akan bersusah payah kerana tentunya tidak banyak pulangan politik darinya.
  14. Jika Kit Siang mahu berterusan dengan propaganda palsunya, saya cabar Kit Siang untuk menamakan individu itu secara terbuka. Kegagalan Kit Siang untuk menamakan individu itu sudah tentu akan merosakkan kredibiliti kepada tuduhannya.
  15. Saya juga meminta Kit Siang untuk menamakan berapa ramai gadis Melayu atau untuk tujuan yang sama, gadis dari bangsa lain yang dipertahankan kehormatan mereka oleh Guan Eng sebelum dan selepas dia dimasukkan ke dalam penjara?
Oleh Lim Sian See / My Nation News
 
Copyright © 2014 PenangKini.