BREAKING NEWS

Sunday, 23 April 2017

Pulau Pinang Hilang Tanah Kerajaan Bernilai Berbilion- Bilion?

Pada 4 Mac 2013, Kerajaan Pulau Pinang DAP mengeluarkan kenyataan berikut.
Tidak Benar Sama Sekali Bahawa Projek RM6.3 Bilion Akan Dijalankan Oleh Syarikat RM2 Bila Sebenarnya Modal Berbayar Keseluruhan Adalah Sebanyak RM 4,549.2 Juta.
– Zenith Construction Sdn Bhd bersama China Railway Construction Corporation Ltd sebanyak 70% ekuiti dengan modal berbayar sebanyak RM 3.5 juta dan RM 4 bilion masing-masing;
– BUCG 10% ekuiti dengan modal berbayar sebanyak RM 541 juta;
– Sri Tinggi Sdn Bhd 10% ekuiti dengan modal berbayar sebanyak RM 3.7 juta; dan
– Juteras Sdn Bhd 10% ekuiti dengan modal berbayar sebanyak RM 1 juta.
Keseluruhan modal berbayar keempat-empat syarikat adalah RM4,549.2 juta yang memenuhi kriteria kerajaan negeri yang meletakkan modal berbayar minima RM381 juta.
Hari ini, modal berbayar syarikat itu hanya RM15 juta dan syarikat China Railway Construction Corporation Ltd tidak menyuntik se-sen modal didalam CZBUCG.
Sementara itu, syarikat BUCG pula telah ditendang keluar dari projek.
Sekarang, syarikat itu sudah menjual tanah milik kerajaan negeri bernilai RM2.83 billion, sudah menerima bayaran dalam bentuk tanah dari kerajaan negeri bernilai RM135 juta dan sudah mula bina projjek kondo mewah bernilai GDV RM800juta atas tanah tersebut walaupun laporan2 kebolehlaksanaan bernilai RM305 juga sudah lambat bertahun-tahun dan satu inci jalan belum bina.
Sudah sampai masa untuk bimbang, tak?
Tak perlu ikut garis-masa kontrak,
Tak perlu ikut syarat tender Kerajaan Pulau Pinang.
Syarikat swasta dapat dunia runtuh dan mengaut beratus juta ringgit.
Kerajaan Pulau Pinang pula kehilangan tanah kerajaan bernilai berbilion- bilion.
Kalau nak ikut kontrak berat sebelah, Mahathir past sangat bangga dengan Tokong Pulau Pinang.
Oleh : Lim Sian See
—-
 
Copyright © 2014 PenangKini.