BREAKING NEWS

Thursday, 27 April 2017

Pulau Pinang Selalu Banjir, Siapa Kata Tak Cukup Air? - Cheng Guan


Keputusan kerajaan DAP Pulau Pinang menaikkan tarif dan surcharge air di negeri berkenaan dengan alasan untuk mengelakkan amalan pembaziran tidak wajar ekoran negeri berkenaan sering 'dilimpahi' air terutama sewaktu musim hujan.
Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan, menerusi Facebooknya secara sinis menyelar pentadbiran Ketua Menteri Lim Guan Eng ekoran masih belum menyelesaikan isu banjir yang masih berlarutan sehingga ke hari ini.
"Air berlebihan di Pulau Pinang , itu gila punya kerajaan masih mahu naik surcharge dan tarif air. Mahu kasi sama rakyat matikah?
"Tiap-tiap hari hanya tahu putar belit, bohong dan macam-macam caj dinaikkan tapi langsung tak tahu menarik pelabur ke Pulau Pinang," katanya.
Kali terakhir Pulau Pinang dilanda bah adalah 1 April lalu akibat hujan lebat yang berlarutan sepanjang malam sebelumnya - menenggelamkan jalan utama di sekitar bandar Georgetown sehingga ke Nibong Tebal.
Naib Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Lee Boon Ten mendakwa punca utama Pulau Pinang sering dilanda banjir disebabkan pembangunan oleh kerajaan negeri di kawasan berisiko sekaligus menyebabkan banjir kilat.
Tegasnya, banjir pada 1 April lalu membawa air berwarna coklat seperti teh tarik berpunca daripada projek pembangunan tidak terkawal yang diluluskan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).
Mengulas lanjut mengenai isu banjir di Pulau Pinang, Cheng Guan turut menyelar kekerapan wakil kerajaan DAP negeri membuat lawatan ke luar negara tetapi tidak membawa sebarang manfaat atau perubahan kepada keadaan negeri.
"Ketua Menteri dan Exco selalu buat trip ke overseas (luar negara), tapi tak nampak ada hasil ataupun MOU (perjanjian persefahaman) yang ditandatangi," katanya lagi.
Sindiran isu banjir Cheng Guan susulan keputusan kerajaan menaikkan tarif air berdasarkan statistik penggunaan air perkapita harian Pulau Pinang yang tinggi.
Untuk rekod, kenaikan tarif berkenaan adalah kali keempat sejak DAP memerintah Pulau Pinang pada 2008.
Pulau Pinang mula menaikkan tarif air pada 2010 apabila kerajaan negeri mengenakan caj 24 sen bagi setiap 1,000 liter air yang melepasi penggunaan 35,000 liter bagi setiap premis, sebulan.
Tarif berkenaan dinaikkan kepada 100% pada 1 September 2013, kepada 48 sen dan terkini, bagi setiap caj bagi setiap 1,000 liter air melepasi penggunaan 35,000 liter adalan 100 sen (RM1.00).
- Malaysian Digest
 
Copyright © 2014 PenangKini.