BREAKING NEWS

Saturday, 15 April 2017

Putera Jepun lawat Malaysia raikan hubungan 60 tahun


Putera Mahkota Jepun Putera Naruhito semalam berkenan menghadiri majlis bagi meraikan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik Malaysia-Jepun.

Hubungan antara kedua-dua negara terjalin sejak 1957 dan kini bertambah kukuh dan erat.
Mengulas tentang hubungan itu, Duta Besar Jepun di Malaysia Dr Makio Miyagawa berkata dari segi sejarah, kedua-dua negara menjalin hubungan sejak sekian lama dan akrab.
“Hubungan diplomatik mula pada 31 Ogos 1957, pada hari Persekutuan Tanah Melayu mengisytiharkan kemerdekaannya.

Beliau berharap hubungan mesra, kerjasama dan setiakawan antara Malaysia dan Jepun terus diperkukuhkan lagi.

Naruhito, putera sulung Maharaja Akihito, tiba di Malaysia 2 hari lalu untuk melakukan lawatan pertamanya di negara ini sejak dimasyhurkan sebagai putera mahkota pada 1991.
Sepanjang lawatan selama 5 hari itu, Putera Mahkota berusia 57 tahun itu dijadual menghadiri jamuan negara dihoskan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V dan akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Semalam, baginda meletakkan kalungan bunga di Tugu Negara bagi memperingati pejuang yang terkorban ketika berjuang untuk negara dan melawat Pusat Permata Pintar di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Naruhito bertitah seramai 1,600 Jepun rakyat Jepun menyambung pengajian di Malaysia pada 2014 dan melahirkan harapan mereka boleh banyak belajar mengenai masyarakat majmuk Malaysia mewakili pelbagai budaya dan agama yang hidup bersama dalam keadaan harmoni.
Putera mahkota berharap pertukaran cendekiawan antara kedua-dua negara akan terus digalakkan dan penyelidik serta pelajar akan menggiatkan kemajuan akademik ketika rakyat kedua-dua negara mengeratkan serta mengukuhkan persahabatan dan kerjasama untuk tempoh 60 tahun lagi dan seterusnya.

Baginda bertitah Malaysia dan Jepun boleh belajar daripada pengalaman satu sama lain dalam bidang seperti pencegahan bencana dan mengurangkan malapetaka serta pengurusan air.

Naruhito bertitah, baginda menaruh harapan lawatan ke Terowong SMART hari ini yang disifatkan sebagai kemudahan unik di dunia untuk menangani kesesakan lalu lintas dan saliran banjir.
Baginda kemudian menanam pokok “Syzygium antisepticum” atau lebih dikenali sebagai Gelam Tikus, di tapak itu dan sebatang pokok peringatan juga ditanam di situ sempena menandakan lawatan ayahanda dan bondanya ke Universiti Malaya pada 1970.


 
Copyright © 2014 PenangKini.