BREAKING NEWS

Friday, 28 April 2017

Ringankan Beban, Restoran Mamak Perkenal Kad Diskaun Sehingga 25%


Restoran ‘mamak’ dimiliki Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) bakal memperkenalkan kad diskaun dalam membantu meringankan beban perbelanjaan makanan rakyat negara ini.

Presidennya, Ayoob Khan Muhammad Yakub berkata kad itu memberi diskaun 25 peratus untuk orang kurang upaya, 10 peratus untuk warga emas dan lima hingga 10 peratus untuk pelajar warga Malaysia.

“Kad diskaun berkenaan dijangka diperkenalkan tidak lama lagi secara kerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK),” katanya di pejabat KPDNKK di Putrajaya kelmarin.

Beliau juga menjelaskan restoran yang bernaung di bawah PRESMA masih mengekalkan harga lama makanan sejak dua tahun lalu.

Bagaimanapun susulan laporan mengenai restoran mamak menaikkan harga makanan terutamanya roti canai dan teh tarik tular di media sosial mendorong KPDNKK memanggil PRESMA untuk mendapatkan penjelasan.

PRESMA mempunyai 4,000 ahli di seluruh negara, dengan lebih 10,000 restoran bernaung di bawahnya.- CARI


 
Copyright © 2014 PenangKini.