BREAKING NEWS

Sunday, 23 April 2017

SEKALI LAGI KERAJAAN DAP PULAU PINANG NAIKKAN LAGI SURCAJ PENGGUNAAN AIR




Kempen jimat air Kerajaan DAP Pulau Pinang dengan mengenakan surcaj penggunaan air atau SPA yang diperkenalkan pada 2010 telah gagal mengurangkan penggunaan air per kapita negeri. Pada masa itu kadar SPA yang dikenakan adalah 24 sen setiap 1000 liter penggunaan air melebihi 35,000 liter sebulan.

Kadar itu telah dinaikkan 100% kepada 48 sen setiap 1000 liter bagi penggunaan melebihi 35,000 liter sebulan pada 1 September 2013 setelah usaha untuk "penalized" rakyat Pulau Pinang dengan mengenakan surcaj penggunaan air masih gagal menurunkan kadar penggunaan air per kapita negeri.

Atas alasan yang serupa, pada 2017 Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang pimpinanLim Guan Eng sekali lagi akan menaikkan surcaj penggunaan air, kali ini lebih 100%; dari 48 sen kepada 100 sen.

Namun begitu kempen tersebut berjaya memberi keuntungan berjuta ringgit kepada PBAPP dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Mungkin kerana itulah, Lim Guan Eng naikkan lagi kadar surcaj penggunaan air.

Rakyat derita... kerajaan negeri bertambah kaya.

Laporan Malaysiakini:

" Kerajaan negeri Pulau Pinang akan menaikkan surcaj pemuliharaan air (SPA) bagi penggunaan domestik sebagai sebahagian daripada usaha untuk menggalakkan penggunaan air secara bijak dalam kalangan rakyat negeri ini.

" Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, SPA akan dinaikkan daripada 48 sen kepada RM1 setiap 1,000 liter air untuk penggunaan melebihi 35,000 liter sebulan sebagai langkah terakhir bagi mengurangkan kadar pembaziran air di Pulau Pinang. - Azizi Safar

#SavePenang
#SelamatkanPulauPinang
 
Copyright © 2014 PenangKini.