BREAKING NEWS

Wednesday, 26 April 2017

SIAPA LAGI HEBAT - BANGLO TERLAJAK MURAH GUAN ENG atau BANGLO DISNEY ADAM ROSLY?


Pembangkang berdepan dengan masaalah integriti yang menyebabkan mereka tidak layak untuk memberi komen terhadap pihak lawan mereka. Dan ianya disebabkan oleh satu perkara iaitu Banglo.

Parti PKR dimalukan dengan Banglo Disney manakala parti cauvinis DAP dengan Banglo No Swimming Pool terlajak murah.

Yang menariknya tentang isu ini ialah bagaimana puak pembangkang cuba mengasingkan kedua-dua isu padahal kedua-duanya telah pun menjadi kes mahkamah. Yang terbaru ialah cubaan Rafizi Ramli yang mendakwa kes Adam Rosly, Ketua AMK Ampang adalah 'agak jelas', manakala kes Lim Guan Eng DAP kononnya merupakan satu 'penganiayaan politik'.

Kerana itu Lim Guan Eng tidak perlu bercuti sementara manakala Adam Rosly perlu bercuti di sepanjang kes beliau, kata Rafizi Ramli.

"Saya menyatakan dengan jelas bahawa anda sebenarnya perlu membezakan antara dua kes. Kes Adam Rosly agak jelas, di mana dia tidak dapat menjelaskan bagaimana dia memperoleh kekayaan. Dia tidak mengisytiharkan asetnya," kata Rafizi.

"Berbeza dengan Adam, Guan Eng mengisytiharkan asetnya," dakwa Rafizi.

baca selanjutnya disini-->> dr MiM
 
Copyright © 2014 PenangKini.