BREAKING NEWS

Friday, 28 April 2017

Tok Puan, wanita tertua di Malaysia kini berusia 121 tahun!.

Puan binti Ahmad, direkodkan sebagai wanita tertua dalam negara kita dengan usia 121 tahun.

Usianya lebih empat tahun daripada wanita tertua di dunia tetapi atas beberapa kesalahan teknikal, usia beliau tidak tidak diiktiraf.

 Beliau yang berasal daripada Kuala Nerang, Kedah, mempunyai kad pengenalan bernombor 960412 tetapi nombor 96 bermaksud tahun 1896. Beliau yang dilahirkan pada 12 April 1896 mempunyai empat anak, 19 cucu dan, 60 cicit.

Keempat-empat anaknya juga akan mengambil giliran bagi menjaga beliau. Untung Tok Puan, hidup lama masih dapat menikmati waktu bersama semua anak-anak dan cucu-cucunya.
 
Copyright © 2014 PenangKini.