BREAKING NEWS

Friday, 28 April 2017

Tular! Kepala Pontianak Dalam Balang Kaca

Sejak beberapa hari lepas, heboh di aplikasi WhatsApp membicarakan tentang beberapa keping gambar yang dipercayai kepala hantu pontianak.

Di dalam gambar yang tular itu, kelihatan kepala pontianak itu telah dipenggal, dipaku dan disimpan dalam sebuah balang kaca yang tertutup.



Tidak dijelaskan pula sama ada Pontianak dalam balang yang dijual itu untuk tujuan ilmu hitam atau hanya sekadar "patung seram" untuk dijadikan koleksi buat peminat alam mistik.

Yang pasti, amat sukar untuk dipercayai tentang kewujudan hantu pontianak ini dan ia sangat menyeramkan.

Menurut kepercayaan masyarakat Melayu, Pontianak atau Kuntilanak adalah hantu yang suka berjalan seorang diri di jalan yang gelap dan sunyi. Ada juga yang mendakwa Pontianak adalah roh-roh wanita yang mati ketika hamil dan hanya mengganggu kaum lelaki sahaja.

Dipercayai lagi, jika ada jejaka yang terserempak dengan Pontianak dalam jelmaan wanita dan berjaya memasukkan paku ke bahagian belakang tengkuknya, pontianak tersebut akan bertukar menjadi wanita cantik dan boleh dikahwini. Tetapi sekiranya paku itu dikeluarkan, ia akan kembali menjadi pontianak.

 
Copyright © 2014 PenangKini.