BREAKING NEWS

Saturday, 8 April 2017

Wan Azizah perlu letak jawatan Ketua Pembangkang, elak Melayu terpedaya muslihat DAP

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail didesak untuk melepaskan jawatan Ketua Pembangkang dan membiarkan penasihat veterean parti rasis dan cauvinis DAP, Lim Kit Siang mengambil alih peranan itu.
Desakan itu dibuat Pergerakan Wanita UMNO bagi mengelakkan orang Melayu daripada terpedaya dengan muslihat politik Kit Siang dan DAP.
Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pihaknya melihat tindakan licik Kit Siang memilih Wan Azizah sebagai Ketua Pembangkang hanya untuk meyakinkan orang Melayu bahawa pakatan pembangkang dikuasai pemimpin Melayu, sedangkan yang sebenarnya, ia dikuasai DAP dan pemimpin Melayu hanya dijadikan boneka politik mereka.
Malah, Shahrizat berkata, sepanjang mengikuti perjalananan sidang Dewan Rakyat, satu perkara yang amat jelas dapat diperhatikan iaitu kedudukan Wan Azizah selaku Ketua Pembangkang tidak dapat dirasai pada persidangan itu kerana sikap Wan Azizah yang sering diam menikus dalam menerajui barisan pembangkang.
“Sebaliknya, Lim Kit Siang pula yang lantang bersuara dan membuat kecoh mewakili pembangkang dan jika beginilah, Lim sepatutnya menjadi Ketua Pembangkang kerana jelas dia yang sebenarnya menguasai pakatan ini.
“Kedudukan DAP lebih dominan dalam pakatan pembangkang dari segi bilangan kerusi iaitu 37 berbanding PKR 27, (dan) pelantikan Lim Kit Siang sebagai Ketua Pembangkang amat bertepatan sekali,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Justeru, memandangkan bilangan kerusi Parlimen DAP yang lebih banyak daripada pembangkang lain, maka semestinya Kit Siang menjadi calon Perdana Menteri pilihan pakatan pembangkang.
“Jika ini berlaku, barulah orang Melayu sedar pilihan mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-14 kelak merupakan pilihan untuk memilih Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri atau Lim Kit Siang,” katanya.
 
Copyright © 2014 PenangKini.