BREAKING NEWS

Tuesday, 18 April 2017

Zairil digesa perjelas gambar viral - Datuk Huan Cheng Guan




GEORGETOWN: Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari, digesa tampil membuat penjelasan berhubung beberapa gambar intim lelaki mirip beliau bersama seorang wanita mirip bekas calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya.

Gambar yang tersebar di laman sosial itu antara lain memaparkan lelaki dan wanita berkenaan menikmati minuman dengan perlakuan mesra. 

Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan, berkata kedua-dua individu terbabit wajar tampil memberi penjelasan bagi mengelak salah faham dalam kalangan masyarakat. 

"Mereka perlu memaklumkan kepada masyarakat mengenai ketulenan gambar itu sama ada ia memang mereka atau sebaliknya. 

"Mereka boleh menjelaskan jika keseluruhan gambar itu terhasil daripada teknik 'photoshop' atau disebarkan pihak tidak bertanggungjawab," katanya ketika dihubungi BH, hari ini. 

Zairil gagal dihubungi untuk memberikan komen.

Sumber : Berita Harian
 
Copyright © 2014 PenangKini.