BREAKING NEWS

Friday, 26 May 2017

12 Keluarga Miskin Diusir

https://youtu.be/ZexXr0AuFlA

12 keluarga yang menghuni rumah pangsa PPR, Taman Bagan Jaya, Bagan Jermal, Butterworth, Pulau Pinang, melahirkan rasa kesal kepada pihak berkuasa, berikutan tindakan menyita rumah mereka pagi tadi.

Menurut penduduk, tindakan itu tidak berperikemanusiaan lebih-lebih lagi ketika umat Islam akan menyambut kedatangan bulan Ramadan.

Seorang warga emas, Saadiah Saad, berkata, kerana hidup susah dan tiada sumber pendapatan dia terpaksa tinggal dalam rumahnya, tanpa bekalan air dan elektrik, sejak setahun lalu.

Saadiah yang turut mempunyai seorang anak OKU berusia 18 tahun, turut menzahirkan rasa sedih, setelah diusir keluar.

Seorang lagi penghuni, Roskasina Abdul yang merupakan ibu tunggal serta menanggung seorang anak yang sedang menuntut di sekolah menengah hanya mampu menitiskan air mata, selepas dipaksa keluar.

Rosidi Othman berkata, dia terpaksa keluar sehelai sepinggang tanpa membawa sebarang pakaian dan keperluan anak-anaknya.

Katanya, walaupun cuba merayu simpati kepada pihak berkuasa namun rayuannya, tidak dipedulikan.

Timbalan Pengerusi MCA Bahagian Bagan, yang turut turun padang melawat penduduk melahirkan rasa kesal di atas tindakan itu.

Siang tadi, Penguatkuasa Bahagian Perumahan, Kerajaan Negeri, yang hadir bersama-sama dengan anggota polis mengarahkan penduduk keluar dari rumah, dan mengunci pintu kediaman mereka.

Difahamkan tindakan itu dibuat berikutan kegagalan penduduk membayar tunggakan sewa, sejak beberapa tahun lalu.
 
Copyright © 2014 PenangKini.