BREAKING NEWS

Thursday, 4 May 2017

3 kapal perang China singgah di Pulau Pinang minggu depan



Tiga kapal perang China akan berlabuh di Pulau Pinang Jumaat depan, menurut Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, Datuk Tan Teik Cheng.
Tiga kapal perang itu ialah kapal pemusnah CNS Changchun jenis 052C, kapal frigat CNS Jingzhou jenis 054A dan kapal CNS Chaohu jenis 903 – dijangka tiba di Pelabuhan Butterworth jam 10 pagi pada 12 Mei.
Tan berkata kapal perang itu akan berlabuh di pelabuhan itu selama 3 malam.

“Kedatangan kapal perang itu akan mengukuhkan kerjasama dan kepercayaan antara Malaysia dan China, selain meningkatkan hubungan persahabatan,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.
Tan yang juga Pengerusi MCA Pulau Pinang berkata, pihak berkuasa pelabuhan sedang membuat persiapan bagi memudahkan kapal itu berlabuh di sana.
Beliau menambah, Konsul Besar China ke Pulau Pinang, Wu Jun akan menyelia kapal frigat yang berlabuh ke negeri itu.


 
Copyright © 2014 PenangKini.