Protesters claiming support of 120,000 members give PKR leadership 6 days to remove Dr M
-
(NST) – About 50 PKR grassroots members gathered outside the party
headquarters in Petaling Jaya today to protest against Tun Dr Mahathir
Mohamad using the...
Saturday, 27 May 2017
51 Projek Kerajaan DAP Pulau Pinang Gagal Dilaksana, Apa Sudah Jadi?
Posted by Penang Kini on 12:40 in dalam negeri politik terkini Terkini | Comments : 0
*[Video]* _*Saksikan*_ _ADUN Pulau Betong (BN) mempersoal status 51 projek yang dijanjikan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang dalam sidang DUN Pulau Pinang_.
https://youtu.be/yHnwYFPe4d8
1. Kerajaan DAP Pulau Pinang perlu memberikan penjelasan mengenai status sekurang-kurangnya 51 buah projek yang dicadangkan di beberapa kawasan yang gagal dilaksanakan sejak 2008 hingga tahun lalu seperti yang didedahkan oleh wakil rakyat BN Pulau Betong, Datuk Muhamad Farid Saad dalam Sidang DUN.
2. Muhamad Farid mendakwa hingga kini projek berkenaan disifatkan gagal dan kerajaan negeri perlu menjelaskan pengurusan perbelanjaan yang melibatkan kos berbilion ringgit.
3. Antara projek yang telah gagal dilaksanakan adalah:
*i. Projek Aerobus* yang menghubungkan bahagian pulau dan Seberang Prai pada 2008 melibatkan pemaju dari Amerika Syarikat yang didakwa dimasukkan dalam rancangan Majlis Bandaraya Pulau Pinang.
*ii. Kereta api bawah tanah.*
*iii. Sistem monorel* merentasi pulau dan tanah besar.
*iv. Pembinaan tasik buaya.*
*v. Membanteras tempat letak kereta haram.*
*vi. Mengekalkan surcaj air.*
*vii. Mewartakan kawasan perlindungan hutan Pulau Jerejak.*
*viii. Mempertahankan kebebasan media* dengan mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melaksanakan akta kebebasan maklumat tetapi Ketua Menteri, Lim Guan Eng sendiri melanggarnya.
*ix. Pembinaan 20,000 unit rumah mampu milik Bandar Cassia*
*x. Pembinaan pelbagai taman rekreasi*
4. Sekiranya kerajaan DAP Pulau Pinang masih gagal memberi penjelasan yang munasabah mengapa begitu banyak projek yang masih gagal dilaksana, justeru penulis beranggapan tidak layak untuk mereka terus diberikan mandat mentadbir di negeri ‘Pulau Mutiara’ itu pada PRU Ke-14 nanti.
http://klxpress.com.my/bahasa-melayu/21-politik/24574-51-projek-kerajaan-dap-pulau-pinang-gagal-dilaksana-apa-sudah-jadi.html
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)