BREAKING NEWS

Tuesday, 9 May 2017

Ahok dipenjara 2 tahun kerana hina Islam

 Gabenor Kristian Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama hari ini dijatuhkan hukuman penjara 2 tahun selepas didapati bersalah menghina Islam.
Hakim Dwiarso Budi Santiarto mengarahkan Purnama ditahan selepas beliau “terbukti bersalah melakukan penghinaan dan dihukum penjara 2 tahun”.
Ahok berkata: “Kami akan memfailkan rayuan.”
Kumpulan penyokong Islam yang berkumpul di luar mahkamah bersorak dan melaungkan “Allah maha berkuasa” selepas mendengar keputusan itu.
Ahok diheret ke mahkamah tahun lepas atas dakwaan menghina Islam ketika berkempen untuk pilihan raya gabenor. Pengkritik menyifatkan kes itu bermotifkan politik.

Ahok bagaimanapun menafikan tuduhan menghina Islam, walaupun beliau memohon maaf atas kenyataannya mengkritik seterunya kerana menggunakan ayat Al-Quran ketika berkempen.
Perbicaraan itu diadakan selepas satu siri demonstrasi besar-besaran yang disertai ratusan ribu orang.
Bulan lalu, Ahok gagal mempertahankan jawatannya bulan lalu dalam pilihan raya gabenor Jakarta yang didominasi sentimen agama, selepas ia dimenangi Anies Baswedan yang akan mengambil alih jawatannya pada Oktober ini.
 
Copyright © 2014 PenangKini.