BREAKING NEWS

Sunday, 7 May 2017

TN50 Pulau Pinang catat sejarah

GEORGETOWN: Wacana Transformasi Nasional 2050 (TN50) peringkat negeri Pulau Pinang yang diadakan di Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini, mencatat sejarah tersendiri apabila muncul sebagai himpunan aspirasi tertinggi sepanjang penganjurannya.

Lebih 80 aspirasi direkodkan daripada 47 belia, dalam wacana yang menampilkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin sebagai moderator. 

Malah, laman rasmi Facebook Live TN50 turut mencatatkan sejarah apabila ditonton lebih 100,000 pelayar berbanding ketika penganjurannya di negeri lain. 


Selain Khairy, program berkenaan turut menampilkan Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan PP, Datuk Seri Zainal Abidin Osman sebagai panel, selain dihadiri hampir 3,000 mahasiswa dan pemimpin masyarakat.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya; Ketua Pemuda UMNO negeri, Rafizal Abd Rahim dan Ketua Wanita UMNO negeri, Senator Datuk Norliza Abdul Rahim. 

Program Wacana TN50 di Pulau Pinang adalah siri jelajah ke-10 selepas ia dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Januari lalu.-BH


 
Copyright © 2014 PenangKini.