BREAKING NEWS

Monday, 29 May 2017

Bila Lim Guan Eng Jual Tanah Bawah Nilai Pasaran, Dia Salahkan Kerajaan Persekutuan


Lim Guan Eng terus mempertahankan keputusannya untuk tidak menggunakan tender terbuka bagi menjual tanah kerajaan di Peel Avenue.
Berhadapan dengan tuduhan bahawa beliau telah menjual tanah di bawah harga pasaran jika dibanding dengan nilai tanah lain di kawasan itu, beliau kini berkata ia adalah kesalahan Kerajaan Pusat dan meminta orang ramai untuk menyalahkan Kerajaan Pusat sebaliknya.
Lim Guan Eng kemudian mendedahkan surat dari JPPH yang berkata bahawa plot 6.4 ekar, adalah bernilai RM156 juta pemilikan bebas atau RM148 juta pegangan pajakan.
Plot itu akhirnya dijual pada harga RM156 juta pada asas 99 tahun pajakan. Kini, beliau cuba bersembunyi di sebalik penilaian rasmi JPPH.
lim guan eng Lagi Penjualan Tanah & Aset Negeri Pulau Pinang Tanpa Tender & Rundingan Awam
PERTAMA: Kita semua tahu bahawa penilaian JPPH bergantung kepada keadaan penggunaan tanah.
Adakah Kerajaan Pulau Pinang menukar status tanah kepada komersial daripada status kediaman dan/atau meningkatkan kepadatan pembangunan atau nisbah plot sebagai sebahagian daripada perjanjian jualan?
Kesemua keadaan ini meningkatkan penilaian tanah dan akan membatalkan penilaian JPPH. Tunjukkan kepada kita perjanjian jualan dan segala terma.
KEDUA: Lim Guan Eng sendiri telah pun membuktikan bahawa penilaian JPPH boleh menjadi jauh di bawah nilai pasaran.
Pada tahun 2012 apabila berhadapan dengan tuduhan bahawa Kerajaan Pulau Pinang telah menjual tanah Bayan Mutiara di bawah nilai pasaran, Lim Guan Eng mengakui beliau tidak mengikut penilaian JPPH dan memuji diri sendiri kerana menjual tanah pada 2 hingga 3 kali ganda lebih tinggi daripada penilaian JPPH.
Ini apa yang beliau katakan pada tahun 2012:
Dipetik daripada Stopthelies (Artikel asal adalah dalam Malaysian Insider yang kini tidak berfungsi lagi):
Guan Eng mendedahkan hari ini dokumen penilaian membuktikan kerajaannya menjual plot 102.6 ekar tanah utama di Bayan Mutiara lebih dua kali ganda dari harga pasaran. Beliau berkata, tanah itu telah bernilai RM84 setiap kaki persegi dengan plot 18 ekar dan RM65 setiap kaki persegi dengan plot 88 ekar pada November 2009.
Tidak sampai enam bulan kemudian pada 7 April, 2010, Lim berkata, kerajaan Pulau Pinang menetapkan kadar untuk tanah milik negeri itu pada harga RM200 setiap kaki persegi, jauh melebihi harga penilaian.
“Apabila saya membuat keputusan untuk menetapkan harga pada RM200, semua orang menentang. Mereka berkata – anda tidak boleh menjualnya. Tetapi saya berkata – mari kita cuba. Saya lebih suka untuk gagal mencuba daripada tidak mencuba langsung…bernasib baik kerana kita berjaya,” kata beliau.
Jadi, apabila beliau menjual tanah pada nilai pasaran yang melebihi penilaian JPPH, Lim Guan Eng memuji dirinya sendiri. Tetapi apabila tanah dijual di bawah nilai pasaran, beliau berkata salahkan Kerajaan Persekutuan?
Ini macam pun boleh?
Lim Guan Eng Cabar Akta SPRM Untuk Lengahkan Perbicaraan Kes Rasuah
KETIGA: Jika anda tidak menjual melalui tender terbuka maka bagaimana anda tahu bahawa syarikat-syarikat lain tidak akan membayar lebih tinggi daripada penilaian JPPH untuk tanah itu?
Patutkah kita menyalahkan Kerajaan Persekutuan juga untuk perbuatan anda memungkiri janji kepada pengundi untuk melakukan tender terbuka?
KEEMPAT: Oleh kerana anda membeli banglo terkenal pada harga jauh di bawah penilaian JPPH dan anda kini mempertahankan tindakan terbaru anda menggunakan penilaian JPPH, adakah ini bermakna anda mengakui anda bersalah melakukan rasuah?
Oleh Lim Sian See /wakeup Malaya

 
Copyright © 2014 PenangKini.