BREAKING NEWS

Sunday, 28 May 2017

Buah Kurma Dari Timur Tengah Dijangkiti Virus ‘Corona’?

PALSU :

Tersebar luas di media sosial amaran kononnya buah kurma dari negara Timur Tengah dijangkiti virus ‘Corona’ (coronavirus) berikutan terdapatnya banyak kelawar yang tinggal di pokok kurma.
Versi 1:
Sumber gambar: WhatsApp
Versi 2:
Sumber gambar: WhatsApp

SEBENARNYA :

Merujuk kepada isu jangkitan coronavirus yang disebabkan oleh kelawar ke atas buah kurma dari negara Timur Tengah yang tular di dalam media sosial, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membuat semakan mengenai perkara ini dengan pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organisation – WHO) untuk mendapatkan maklumat samada terdapat sebarang amaran atau makluman yang telah dikeluarkan oleh Negara Timur Tengah atau negara lain. Pihak WHO memaklumkan buat masa ini tiada amaran berkaitannya yang dikeluarkan oleh pihak WHO mahupun Kementerian Kesihatan negara yang dinyatakan.
Sehubungan itu, orang ramai diminta tidak mempercayai berita-berita yang tidak tepat yang boleh mengelirukan dan boleh menimbulkan panik di kalangan masyarakat. Perkongsian mesej tular yang tidak tepat boleh menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat dan menggugat kesejahteraan umum.
Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq.
SUMBER :
 
Copyright © 2014 PenangKini.