BREAKING NEWS

Sunday, 14 May 2017

Bunuh Abang Kerana Harta Pusaka

Akibat bertengkar mengenai pembahagian harta pusaka, seorang lelaki maut selepas dihentak adiknya dengan alat pemadam api. Kejadian berlaku di Kampung Sama Gagah, Permatang Pauh kira-kira jam 7.45 pagi tadi.

Dalam kejadian itu, adik mangsa berusia 48 tahun dipercayai ke rumah abangnya, 59 tahun bagi membincangkan hal pembahagian harta pusaka.

 Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata berlaku pertengkaran antara mereka dan suspek mengambil alat pemadam api lalu menghentak kepala mangsa. Suspek berusia 48 tahun ditahan polis di lokasi kejadian.

“Orang awam yang mendengar suara pertengkaran keluarga berkenaan menghubungi polis. Polis menemui mangsa terbaring di luar rumah apabila tiba. “Anggota polis menahan suspek dan pasukan perubatan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Asisten Komisioner Nik Ros berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
 
Copyright © 2014 PenangKini.