BREAKING NEWS

Monday, 1 May 2017

DAP amalkan politik binatang


30 APRIL: DAP  adalah musuh besar PAS berbanding Barisan Nasional (BN) dan UMNO disebabkan menentang usaha menegakkan syariat Islam di negara ini.
Perwakilan Pulau Pinang, Mohd Yusni Mat Piah menegaskan pendekatan politik yang diamalkan DAP sangat berbeza dengan pendirian PAS.
“DAP jelas menolak perlaksanaan syariat dan terbaharu menolak pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355.
“Mereka juga mengamalkan politik rimba, politik binatang dan politik dendam. Ia dapat dilihat dengan isu pemecatan ahli majlis dari PAS di Pulau Pinang. Bukan sahaja ahli majlis, malah Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dari PAS,” katanya dalam sesi perbahasan ucapan dasar Presiden sempena Muktamar PAS Ke-63, Kota Sarang Semut, Kedah, Ahad.
Yusni berkata DAP juga sering mengganggu urusan fatwa di Pulau Pinang sehingga ada yang tergantung dan masih belum diwartakan.
“Tindakan anti-Islam mereka juga dapat dilihat apabila pemimpin DAP di Kuching mempertikaikan kehadiran guru agama dari Semenanjung yang dihantar ke Sarawak,” katanya lagi.
 
Copyright © 2014 PenangKini.