BREAKING NEWS

Wednesday, 24 May 2017

DAP P.Pinang gagal atasi warga asing

24 MEI: Pembangkang di Pulau Pinang hari ini membidas tindakan Timbalan Ketua Menteri II Prof Dr P.Ramasamy menuding jari terhadap kerajaan Pusat berhubung isu kebanjiran pekerja warga asing di negeri itu..
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Bahang, Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah berkata sudah menjadi kebiasaan kerajaan diketuai DAP menuding jari bagi menutup kelemahan dan keburukan mereka apabila sesuatu isu dibangkitkan.
Beliau berkata walaupun kemasukan pekerja itu bukan berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, mereka seharusnya bijak dalam mewujudkan garis panduan mengawal kebanjiran pekerja asing.
“Kerajaan negeri boleh mencontohi Singapura yang menyediakan pelan sistematik untuk pekerja warga asing dengan menyediakan satu penempatan khas untuk golongan itu,” katanya di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN), Rabu.
Pada masa yang sama, ADUN UMNO itu mendakwa sejak kerajaan pimpinan Lim Guan Eng mentadbir negeri itu pada 2008, tiada penempatan khusus disediakan seperti yang dijanjikan.
Beliau juga mencabar kerajaan negeri menghantar surat kepada Kementerian Dalam Negeri dan kilang-kilang di negeri bagi memaklumkan Pulau Pinang tidak memerlukan khidmat pekerja asing.

Terdahulu, semasa sesi soal jawab dalam persidangan, Ramasamy berkata isu kebanjiran pekerja asing bukan hanya berlaku di Malaysia.
 
Copyright © 2014 PenangKini.