BREAKING NEWS

Wednesday, 3 May 2017

Dari Segi Kontrak Berat Sebelah, Mahathir Pasti Berbangga Dengan Lim Guan Eng


Pada 4 Mac 2013, Kerajaan DAP Pulau Pinang mengeluarkan kenyataan berikut:
Tidak Benar Sama Sekali Bahawa Projek RM6.3 Bilion Akan Dijalankan Oleh Syarikat RM2 Bila Sebenarnya Modal Berbayar Keseluruhan Adalah Sebanyak RM 4,549.2 Juta.
– Zenith Construction Sdn Bhd bersama China Railway Construction Corporation Ltd sebanyak 70% ekuiti dengan modal berbayar sebanyak RM 3.5 juta dan RM 4 bilion masing-masing;
– BUCG 10% ekuiti dengan modal berbayar sebanyak RM 541 juta;
– Sri Tinggi Sdn Bhd 10% ekuiti dengan modal berbayar sebanyak RM 3.7 juta; dan
– Juteras Sdn Bhd 10% ekuiti dengan modal berbayar sebanyak RM 1 juta.
Keseluruhan modal berbayar keempat-empat syarikat adalah RM4,549.2 juta yang memenuhi kriteria kerajaan negeri yang meletakkan modal berbayar minima RM381 juta.
Hari ini, modal berbayar syarikat itu hanya RM17.5 juta dan syarikat China Railway Construction Corporation Ltd tidak menyuntik sesen modal pun di dalam CZBUCG.
Sementara itu, syarikat BUCG pula telah ditendang keluar dari projek.
Sekarang, syarikat yang dianugerahkan Projek Terowong itu sudah menjual tanah milik kerajaan negeri bernilai RM2.83 billion, sudah menerima bayaran dalam bentuk tanah dari kerajaan negeri bernilai RM135 juta dan sudah mula bina projek kondo mewah bernilai GDV RM800 juta atas tanah tersebut walaupun laporan-laporan kebolehlaksanaan bernilai RM305 sudah lambat bertahun-tahun dan satu inci jalan raya pun belum dibina.
Sudah sampai masa untuk bimbang tak?
Tak perlu ikut garis-masa kontrak, tak perlu ikut syarat tender Kerajaan Pulau Pinang.
Syarikat swasta dapat durian runtuh dan mengaut beratus juta ringgit.
Kerajaan Pulau Pinang pula kehilangan tanah kerajaan bernilai berbilion-bilion.
Kalau nak ikut kontrak berat sebelah, Mahathir past sangat berbangga dengan Tokong Pulau Pinang.
 
Copyright © 2014 PenangKini.