BREAKING NEWS

Wednesday, 3 May 2017

Datuk Zaidi Tersentuh Hati Dengan OKU Yang Tabah Menghadapi Dugaan


Dalam kesibukan menjalankan tugasan harian Datuk Zaidi tetap mencari ruang melawat kawasannya di Permatang Pauh dan ianya sudah menjadi rutin kepada beliau sejak sekian lama dan bukan perkara yang pelik lagi bagi warga Permatang Pauh terutamanya mereka yang sedang di timpa musibah.

Kelmarin saja Datuk Mohd Zaidi telah melawat 4 keluarga di mana salah satu keluarga yang di lawatai ini adalah pasangan suami isteri cacat yang hilang segelanya dalam kebakaran rumah mereka 2 hari lepas.

 Datuk Zaidi di dalam status facebooknya meluahkan rasa tersentuhnya dengan kegigihan keluarga yang beliau lawati ini bila melihat sendiri ketabahan mereka dalam berhadapan dengan dugaan hidup. 

Keperihatinan Datuk Zaidi terhadap segala permasalahan penduduk di Permatang Pauh membuatkan beliau sentiasa di hati warga Permatang Pauh malah di mana mana saja namanya pasti akan kedengaran di bicarakan sama ada di masjid, warung dan anak muda.

Inilah tokoh anak kelahiran Permatang Pauh yang bakal membawa perubahan yang besar di Permatang Pauh sekiranya beliau di beri peluang untuk memimpin Permatang Pauh dalam pilihanraya kali ini. InsyaAllah sama samalah kita mendoakannya.
 
Copyright © 2014 PenangKini.