BREAKING NEWS

Saturday, 27 May 2017

Demonstrasi bantah campur tangan Kerajaan DAP Pulau Pinang dalam fatwa


Perhimpunan aman membantah campur tangan Kerajaan DAP Pulau Pinang dalam isu pewartaan fatwa di negeri ini diteruskan kali ini di Masjid Simpang Enam, Georgetown di sini, selepas solat Jumaat kira-kira pukul 2 petang tadi.

Perhimpunan aman itu disertai kira-kira 30 umat Islam daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan Melayu dan Islam serta ahli-ahli Pas.

Selain melaungkan kecaman terhadap Kerajaan DAP Pulau Pinang yang didakwa campur tangan dalam urusan umat Islam, mereka turut membawa sepanduk antaranya bertulis ‘DAP jangan biadab ceroboh hal ehwal umat Islam’.



Sementara itu, Pengerusi Jaringan Muslimin Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, perhimpunan aman tersebut bertujuan memberi peringatan kepada Kerajaan DAP Pulau Pinang supaya tidak sewenang-wenangnya mencampuri urusan memartabat Islam di negeri ini.
“Umat Islam di negeri ini khususnya tidak akan berdiam diri dengan sebarang tindakan campur tangan ini dan akan memastikan agama Islam sebagai agama Persekutuan ditegakkan,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan aman tersebut. - UTUSAN ONLINE

 
Copyright © 2014 PenangKini.