BREAKING NEWS

Tuesday, 2 May 2017

Dr Mahathir Didesak Isytihar Kekayaan


Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, mendesak bekas Tun Dr Mahathir Mohamad mengisytiharkan jumlah keseluruhan harta yang dimiliki beliau dan keluarganya.

Katanya pengisytiharan itu perlu dilakukan memandangkan bekas Perdana Menteri tidak pernah menafikan berhubung perkara berkaitan harta kekayaan yang luar biasa milik anak dan keluarganya.

“Semua tertanya-tanya, berapakah jumlah dan dari mana datang harta kekayaan ini. Dr Mahathir sehingga hari ini masih membisu mengenai perkara ini.

“Apakah Dr Mahathir mengelak daripada menjawab soalan itu kerana beliau sama ada takut atau malu nak menjawabnya,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Mohd Puad berkata, jika Dr Mahathir enggan beri penjelasan serta membuktikan ia bukan rasuah atau salahguna kuasa maka beliau menyarankan supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan dari mana datangnya harta kekayaan luar biasa yang dikatakan bernilai puluhan bilion ringgit.

– Berita Harian

 
Copyright © 2014 PenangKini.