BREAKING NEWS

Wednesday, 3 May 2017

Ekonomi Malaysia Dalam Krisis: Mahu Percaya Lim Guan Eng Atau Laporan IMF?

Rabu lepas, 26 April, Lim Guan Eng DAP mengatakan secara terbuka bahawa ekonomi Malaysia sedang dalam krisis.
Dua hari kemudian pada hari Jumaat, selepas kajian menyeluruh dan analisis ke atas ekonomi kita, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengeluarkan laporan 2017 mengenai Malaysia.
Dalam laporan mereka, IMF membuat kesimpulan:
“Walaupun persekitaran ekonomi global yang mencabar, ekonomi Malaysia menunjukkan prestasi yang baik sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Sementara pertumbuhan sebenar KDNK perlahan, Malaysia masih di kalangan ekonomi yang paling pesat berkembang di kalangan kelompoknya yang setara.”
Para Pengarah Eksekutif IMF memuji daya tahan ekonomi Malaysia, yang mencerminkan tindak balas dasar makroekonomi dalam menghadapi cabaran dan risiko yang signifikan.
Para Pengarah IMF bersetuju bahawa dasar fiskal jangka sederhana pihak kerajaan adalah baik berlandaskan pencapaian bajet persekutuan yang hampir seimbang menjelang 2020.
Para Pengarah IMF menekankan peranan utama dasar makroekonomi dan kadar pertukaran fleksibel dalam membantu ekonomi menyesuaikan diri dengan kejutan luaran. Dalam hal ini, mereka menyambut baik komitmen pihak kerajaan untuk mengekalkan kadar pertukaran sebagai penyerap impak utama.
Para Pengarah menekankan bahawa pelaksanaan teguh agenda pembaharuan struktur bercita-cita tinggi pihak kerajaan adalah kunci untuk meningkatkan potensi ekonomi jangka panjang.
Baca sendiri kesimpulan rasmi oleh IMF mengenai ekonomi Malaysia: IMF Executive Board Concludes 2017 Article IV Consultation with Malaysia
Pemahaman Lim Guan Eng Dalam Bidang Ekonomi Sangat Lemah
Ia tanpa ragu lagi, adalah pujian daripada IMF terhadap Malaysia dan dasar-dasar kerajaan serta pengendalian ekonomi kita dan bagaimana dasar kita membantu mengharungi ketidaktentuan ekonomi luaran tahun lepas.
Bukan sahaja pembeli banglo di bawah pasaran yang berterusan mengatakan ekonomi kita dalam krisis tetapi orang-orang seperti Mahathir, Muhyiddin dan Lim Kit Siang juga mengatakan itu setiap masa yang mempunyai kesan mengherotkan realiti untuk melemahkan keyakinan pengguna dan pelabur yang secara langsung membahayakan ekonomi kita.
Orang-orang ini mengatakan bahawa ekonomi kita dalam krisis dan dengan itu Malaysia memerlukan “penyelamatan”.
Apa Jadi Jika Perdana Menteri Pakatan Tolak Nasihat & Idea Mahathir Pula?
Tetapi bukankah seperti satu kebetulan bahawa “menyelamatkan Malaysia” juga bersamaan mengundi mereka ke tampuk pemerintahan dan memenuhi ketamakan mereka untuk kuasa?
Jadi, siapa yang anda mahu percaya?
Sekumpulan manusia yang laparkan kuasa atau ahli ekonomi sebenar dari badan antarabangsa yang pakar dalam perkara seperti ini?
Nota: Untuk rekod Malaysia tidak meminjam atau berhutang sesen pun dengan Bank Dunia atau IMF. Boleh semak sendiri di laman web IMF dan Bank Dunia.
 
Copyright © 2014 PenangKini.